MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, January 25, 2015

PERJUMPAAN DAN PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI DAN KEWANGAN KOMPENI KESATRIA KEMBARA UiTM CAWANGAN JOHOR SESI DIS 2014 - APR 2015

Perjumpaan dan pembentangan laporan aktiviti dan kewangan kompeni Kesatria Kembara UiTM Cawangan Johor sesi Disember 2014 - April 2015 telah diadakan pada 14 Disember 2014 bertempat di Dewan Kuliah 1 pada jam 8.00 malam. Seramai 25 orang komander Kesatria Kembara, 12 orang tetamu jemputan dan 208 orang pelajar kokurikulum yang hadir pada perjumpaan tersebut.Perjumpaan dimulakan dengan bacaan doa oleh KRK Muhammad Hizamuddin bin Muzakkir.


Pada perjumpaan ini, Pegawai Latih 2 Komander Kesatria Batalion VI UiTM Cawangan Johor,  Lt. M (K) Afiqza binti Duasa telah diberikan peluang untuk berucap dan beliau berharap para pelajar kokurikulum Kesatria Kembara dapat menyertai dan memberikan komitmen yang terbaik. Beliau juga telah memberitahu bahawa ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria telah menyertai Jambori dan Pentauliahan Komander Uitm siri 10/2014 UiTM Johor dan keputusan yang telah diperolehi oleh kontinjen Johor iaitu mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Kawad secara keseluruhannya dan Ketua Platun Terbaik. Selain itu, Kontijen Johor telah meraih kejayaan tempat pertama dalam acara Merempuh Halangan dan tempat ketiga bagi acara Kebudayaan dan beliau mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan tersebut.


Ketua Kompeni Kesatria Kembara, Lt. M (K) Nur Syahidah binti Ishak mengucapkan selamat datang kepada Pelajar Kokurikulum Semester 1 ke Kompeni Kesatria Kembara dan mengucapkan tahniah kepada Pelajar Kokurikulum Semester 2 dan Semester 3 kerana telah berjaya menamatkan pelajaran pada semester lepas. Beliau menyatakan bahawa Kompeni Kesatria Kembara merupakan salah satu kompeni yang bergiat aktif dalam aktiviti luar dan aktiviti lasak seperti abseiling, kayak, flying fox dan sebagainya. Beliau juga telah menerangkan aktiviti yang akan dijalankan pada semester ini seperti pertandingan perkad bagi Pelajar Kokurikulum Semester 1 iaitu Kem Smart Solat manakala Pelajar Kokurikulum Semester 2 dan Semester 3 adalah perkhemahan yang diadakan di luar kampus. Sebagai penutup ucapan, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Kompeni Kesatria Kembara sesi Disember 2014 - April 2015 dan berharap agar pemerintahan kali ini dapat memberikan impak yang positif serta bertanggungjawab di atas amanah yang diberi.


Ucapan Perasmian Perjumpaan dan Pembentangan Laporan telah dilakukan oleh Pegawai Kehormat Kesatria merangkap Penasihat Kompeni Kesatria Kembara iaitu Mejar (K) Siti zarikh Sofiah binti Abu Bakar. Beliau mengingatkan kepada semua Komander Kesatria agar hadir ke kelas kuliah seperti yang telah ditetapkan. Beliau juga mengingatkan agar sentiasa menghormati antara satu sama lain.
Semua ahli jawatankuasa Kesatria Kembara telah menerima surat Watikah Pelantikan Jawatankuasa Komander Kesatria Kembara Sesi Disember 2014 – April 2015 dan Sijil Tamat Latihan Bakal Komander Kesatria Kompeni Kesatria Kembara.






Persembahan multimedia telah ditayangkan bagi memaparkan Jawatankuasa Kompeni Kesatria Kembara Sesi Disember 2014-April 2015 untuk diperkenalkan kepada para tetamu VIP dan pelajar kokurikulum yang hadir. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada semester lepas juga telah dipertontonkan kepada tetamu yang hadir. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Mesyuarat Agong Dwi Tahunan dan Perkhemahan Semester 1, 2 dan 3. Perjumpaan diakhiri dengan jamuan minum malam dan bersurai.

1 comment:

  1. Anonymous2:07 PM

    Boleh pulak bdk kecik pakai pyjamas main-main di depan tu walaupun majlis rasmi?

    ReplyDelete