MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, January 25, 2015

Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Brass Band sesi Disember 2014-April 2015

Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Brass Band sesi Disember 2014-April 2015 telah diadakan pada 15 disember 2014, bertempat di lt2 pada jam 9.00-10.30 mlm. Seramai 17 orang komander kompeni Brass Band, 4 tetamu jemputan, dan 220 orang pelajar kokurikulum yang terlibat dalam perjumpaan tersebut.






Kompeni Brass Band terdiri daripada pelajar semester 1,2,dan 3 sesi disember 2014-april 2015. Para pelajar Kompeni BrassBand pada semester ini terdiri daripada 220 orang. Komander Kompeni Brass Band pula terdiri daripada 17 orang yang bertugas sebagai pembantu jurulatih. Manakala jurulatih Kompeni Brass Band terdiri dua orang jurulatih yang ditugaskan untuk memberi pengajaran dan pembelajaran asas tentang alatan muzik kepada pelajar kokurikulum semester ini.

Objektif perjumpaan ini ialah untuk membubarkan Ahli Jawatankuasa Kompeni Brass Band sesi Jun-Oktober 2014 sekaligus melantik Ahli Jawatankuasa yang baru bagi sesi Disember 2014-April 2015. Perjumpaan ini juga bertujuan memperkenalkan jawatankuasa yang baru sambil mengeratkan tali ukhuwah antara pelajar kokurikulum,barisan komander dan jurulatih kompeni.

Nurul Syazwani binti Mashor telah bersetuju untuk menjadi pengacara majlis pada Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Brass Band pada kali ini. Beliau telah memberi ucapan alu-aluan kepada Penyelaras Kompeni Brass Band iaitu Left. Kest. Jamil b. Sulong, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria(JPKK) iaitu Lt. M (K) Mohd. Syafizi bin Shahrani,Ketua Kompeni Brass Band,KM Muhammad Nur Hidayat bin Selamat dan para tetamu jemputan serta para pelajar kokurikulum. Penyelaras Kompeni Brass Band telah mengucapkan selamat datang kepada pelajar kokurkulum semester 1. Beliau berharap agar para pelajar ini dapat memberikan komitmen dan kerjasama yang terbaik kepada para komander bagi melancarkan segala aktiviti yang bakal dijalankan pada semester ini. Beliau juga telah menerangkan tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan oleh Kompeni Brass Band pada semester ini. Antaranya ialah Induksi bersama pelajar kokurikulum, Perkhemahan Kompeni Brass Band dan Jamuan Makan Malam Kompeni Brass Band. 

KM Muhammad Nur Hidayat bin Selamat selaku ketua Brass Band UiTM Cawangan Johor telah memberi ucapan kepada pelajar-pelajar dan seterusnya mengucapkan selamat datang kepada pelajar kokurikulum semester 1. Beliau juga menerangkan serba sedikit kepada pelajar-pelajar tentang Brass Band serta aktviti-aktiviti  yang akan dijalankan pada semester ini. Besarlah harapan beliau agar para pelajar dapat memberikan kerjasama yang padu lagi jitu kepada para Komander Kesatria dalam menaikkan lagi prestasi Kompeni Brass Band.

Lt. M (K) Mohd. Syafizi bin Shahrani telah memberikan ucapan selaku wakil drpd JPKK. Beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih kpd Ahli Jawatankuasa Kompeni Brass Band kerana telah menjemput beliau ke Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Brass Band kali ini. Beliau telah memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion ke-6 UiTM Cawangan Johor pada semester ini. Beliau juga telah mengucapkan tahniah kerana telah menjayakan Kawad Merdeka pada sambutan kemerdekaan yang telah berlangsung pada 31 Ogos yang lepas.

Pada perjumpaan ini juga, KM Muhammad Nur Hidayat bin Selamat telah membubarkan Ahli Jawatankuasa Kompeni Brass Band yang lama iaitu sesi Jun 2014-Oktober 2014 di dalam ucapannya. Selepas pembubaran, beliau telah membuat pelantikan Ahli Jawantankuasa yang baru bagi sesi Disember 2014-April 2015. Ketua Kompeni Brass Band juga amat berharap agar para pelajar kokurikulum dapat terus memberikan kerjasama yang terbaik kepada para komander kesatria.
Di bawah telah disenaraikan Ahli Jawatankuasa Kompeni Brass Band yang baru mengikut sebulat suara yg telah dipersetujui oleh ahli-ahli yg telah bermesyuarat bagi melantiknya.

Nurul Syazwani binti Mashor telah menutup majlis dengan harapan agar pelajar kokurikulum dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dalam Kompeni Brass Band. Perjumpaan diakhiri dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al Asr.



No comments:

Post a Comment