MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, January 25, 2015

Mesyuarat Agung Tahunan Kompeni Bomba dan Penyelamat serta Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sesi Disember 2014-April 2015

Bismillahirrahmanirahim.

Pada Mesyuarat Agong kali ini, KRM Nuramira Arthifah Binti Mohd Raus dan KRM Mohammad Amirol Bin Ramli telah bertugas sebagai pengerusi majlis. Ucapan ribuan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada penyelaras Kompeni Bomba dan Penyelamat, Left. (K) Mohd Juakhir Bin Hassan,pegawai kehormat Kompeni Bomba dan Penyelamat UiTM Cawangan Johor, Mejar (K) Ahmad Kamarulzaman bin Othman, timbalan pegawai memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) Batalion ke-VI, Lt. M (K) Muhammad Fakehulhafiz bin Sahiri, Ketua Kompeni Bomba dan Penyelamat, KMdy Hyder Musaddiq bin Hyder Shahrizan, Ketua Kompeni JPAM, Lt. M (K) Shafikah Nuriman Binti Md Nazri, barisan jurulatih, wakil Top 10, Barisan Majlis Tertinggi JPKK, mantan-mantan komander, barisan komander serta pelajar kokurikulum Kompeni Bomba dan Penyelamat serta Kompeni JPAM semester 1, 2 dan 3 kerana sudi menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Kompeni Bomba dan Penyelamat dan Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia sesi Disember 2014-April 2015.

Bagi memberkati lagi majlis yang mulia ini, Saudara KRM Mohd Noriman Bin Mohd Ali telah dilantik sebagai ketua dalam mengetuai bacaan doa.

Left. (K) Mohd Juakhir bin Hassan berucap kepada pelajar  semester 1, 2 dan 3 agar mereka memberi kerjasama dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh jurulatih. Beliau juga menerangkan aktiviti yang akan dijalankan oleh pelajar sepanjang  semester ini.

Left. (K) Mohd Juakhir bin Hassan berucap
Mejar (K) Ahmad Kamarulzaman bin Othman selaku pegawai kehormat Kompeni Bomba dan Penyelamat mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru semester 1, 2 dan 3 ke Kompeni Bomba dan Penyelamat bagi sesi Disember 2014-April 2015. Diharapkan para pelajar Kompeni Bomba dan Penyelamat dapat memberikan kerjasama yang baik kepada semua pihak.

Mejar (K) Ahmad Kamarulzaman bin Othman (Pegawai Kehormat) memberikan ucapan
Lt. M (K) Muhammad Fakehulhafiz bin Sahiri, Timbalan Pegawai Memerintah pada semester ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua Ahli Kompeni Bomba dan Penyelamat dan Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang hadir kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi pada mesyuarat agong kali ini. Di samping itu, beliau juga menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti yang  telah berlangsung baru-baru ini .

Lt. M (K) Muhammad Fakehulhafiz bin Sahiri, Timbalan Pegawai Memerintah
Seterusnya, Ketua Kompeni Bomba dan Penyelamat, KMdy Hyder Musaddiq bin Hyder Shahrizan telah membuat perlantikan ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni Bomba dan Penyelamat sesi Disember 2014-April 2015 dan telah memberikan ucapan beliau.
KMdy Hyder Musaddiq bin Hyder Shahrizan, K. Kompeni Bomba & Penyelamat
Ketua Kompeni JPAM Lt. M (K)  Shafikah Nuriman Binti Md Nazri memberi ucapan alu – aluan kepada hadirin yang telah menghadiri ke mesyuarat Agong tersebut. Beliau telah menerangkan serba sedikit tentang kompeni JPAM kepada pelajar kokurikulum sebagai pengetahuan bagi pelajar yang baru memasukki kompeni JPAM. Beliau juga memberi tahu kepada pelajar kokurikulum tentang ativiti yang akan dijalankan pada sesi Disember 2014 - April 2015. Seterusnya, beliau membuat pembubaran ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni JPAM.

Lt. M (K)  Shafikah Nuriman Binti Md Nazri, selaku K.Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
Para tetamu didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan persembahan multimedia yang disediakan.

Pengerusi majlis iaitu KRM Nuramira Arthifah Binti Mohd Raus dan KRM Mohammad Amirol Bin Ramli berharap agar segala amanat yang disampaikan dapat menjadi motivasi untuk setiap pelajar membuat satu anjakan paradigma yang positif dalam diri masing-masing untuk terus maju kehadapan. Pengerusi majlis telah mengakhiri mesyuarat pada kali ini dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr. Seterusnya para tetamu jemputan berpindah majlis untuk menjamu hidangan yang disediakan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment