MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, January 25, 2015

Perjumpaan Dwi-tahunan Kompeni Kesatria Negara sesi Disember 2014 - April 2015

Pada Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Kesatria Negara 1 yang lalu KRM Muhammad Zikri Bin Hairudin dan KRM Anis Suhana Binti Hanizam bertindak sebagai pengerusi majlis. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan diucapkan kepada para pegawai kesatria UiTM Johor, para komander dan para pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1 di atas kesudian menghadiri Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Kesatria Negara 1 bagi sesi Disember 2014-April 2015. Majlis dimulakan dengan bacaan asmaul husna dan doa yang diketuai oleh KRM Muhammad Nur Aziim Bin Zulgafli bagi memberkati lagi majlis yang gilang gemilang ini.




Seterusnya, Left. (K) Samsuri Bin Mohd Tahir selaku penyelaras kokurikulum Kompeni Kesatria Negara 1 memberi ucapan terlebih dahulu pada permulaan majlis. beliau menyatakan bahawa mahasiswa yang menyertai Kompeni Kesatria Negara 1 amat bertuah kerana telah dipilih menyertai kompeni tersebut. Hal ini kerana, mahasiswa dapat menyertai pelbagai aktiviti yang menarik yang telah para komander sediakan sepanjang semester ini. Contoh aktiviti-aktiviti tersebut adalah induksi, lawatan sambil belajar, dan makan malam mengikut kompeni masing-masing iaitu kompeni Alpha, Bravo dan Charlie. Kuota untuk memasuki kor ini juga adalah terhad. Bukan itu sahaja, mahasiswa juga akan memperolehi dan mempelajari pelbagai ilmu di dalam kor Kesatria Negara 1 dalam melengkapi pengetahuan di dalam diri mereka pada masa kini dan masa akan datang. Left. Kolonel (K) Syazali Effendi Bin A. Wahab selaku pegawai kehormat pula dijemput untuk memberi ucapan. Beliau amat bangga dengan pencapaian para komander kesatria pada acara jambori siri 10 yang lepas. UiTM Cawangan Johor telah muncul sebagai tuan rumah bagi acara yang sangat gilang gemilang ini. Komander Johor juga telah dinobatkan gelaran juara bagi acara keseluruhannya meninggalkan pesaing terdekat iaitu Komander dari UiTM Sabah.




Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Wakil Top 10 Lt.M (K) Muhizan bin Miskam untuk memberikan ucapan beliau sekaligus memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Cawangan Johor bagi sesi Disember 2014-April 2015. Beliau juga ada menjemput mahasiswa untuk menyertai komander kesatria supaya mereka tahu cara untuk mendisiplinkan diri dari pelbagai aspek seperti pengurusan diri dan sekeliling, komitmen dalam melakukan tugas yang diberi serta pengetahuan 'softskills' yang perlu diterapkan dalam diri mahasiswa agar mereka tidak dipandang rendah oleh orang disekeliling mereka. Lt.M (K) Juliana Binti Rosmani selaku Ketua Kompeni Alpha telah dijemput untuk memberikan ucapan yang seterusnya. Beliau memperkenalkan carta organisasi yang baru  Kompeni Alpha bagi sesi Disember 2014-April 2015. Selain itu, beliau juga ada menyatakan aktiviti-aktiviti Kompeni Alpha sepanjang semester ini.

Ketua Kompeni Alpha




Seterusnya, Lt.M (K) Mohammad Faizzuddin Bin Asli pula memberikan ucapan beliau sebagai Ketua Kompeni Bravo. Beliau juga memperkenalkan carta organisasi yang baru bagi Kompeni Bravo sesi Disember 2014-April 2015. Selain itu, beliau menyatakan kemenangan bagi Kompeni Bravo bagi aktiviti PERKAD pada semester yang lalu. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Ketua Kompeni Charlie bagi sesi Disember 2014-April 2015, Lt.M (K) Mohd Hafizuddin Bin Mohd Noor untuk memberikan ucapan beliau. Beliau membubarkan jawatankuasa Kompeni Charlie bagi sesi Jun 2014-Oktober 2014 dan sekaligus melantik ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi Disember 2014-April 2015. Beliau juga menyatakan bahawa Kompeni Charlie akan mengadakan induksi, lawatan sambil belajar dan makan malam bagi pelajar-pelajar kor Kompeni Charlie.

Ketua Kompeni Bravo

Ketua Kompeni Charlie



Akhir sekali, para jemputan didedahkan lagi dengan pelbagai aktiviti dan video melalui tayangan multimedia yang telah disediakan oleh para komander Kesatria Negara. Seterusnya para tetamu jemputan diiring untuk berpindah majlis di dewan makan bagi menikmati hidangan yang telah disediakan.

No comments:

Post a Comment