MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Tuesday, August 14, 2012

Majlis Berbuka Puasa Komander Kesatria UiTM Johor cawangan Segamat

Pada 12 Ogos 2012, Jawatan Perwakilan Komander Kesatria telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama semua komander di Dewan Sri Peria, UiTM Segamat, Johor. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara semua komander disamping menikmati kemanisan dalam bulan Ramadhan al-mubarak ini. Majlis dipengerusikan oleh KRM Nurul Fatihah bt Tarmizi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh KRK Amer Syazwan Bin Mansoor bagi memberkati majlis itu. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pegawai memerintah iaitu KK Mohd Syafiq bin Abu Hashim dan selepas itu ucapan daripada ketua batch 21 iaitu KRK Muhd Azfar bin Rohani selaku ketua program majlis berbuka puasa tersebut. Selepas itu, majlis diteruskan dengan bacaan Yassin secara berjemaah dan telah diketuai oleh KRK Muhamad Thaqif bin Azmi.

Tepat azan Maghrib berkumandang, semua komander berbuka puasa bersama-sama dengan acara makan nasi ambang dalam dulang. Ini bertujuan bagi merapatkan lagi antara semua komander dalam satu batalion. Selesai sahaja majlis berbuka, majlis diteruskan dengan solat Mahgrib berjemaah  dan telah diketuai oleh KRK Muhamad Thaqif bin Azmi. Selepas selesai berjemaah, KRK Akmal Hadi bin Talib telah memberi sedikit tazkirah pada malam itu. Setelah tazkirah tamat, majlis tamat dan semua komander bersurai.






No comments:

Post a Comment