MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Tuesday, August 14, 2012

MALAM JALINAN KASIH DI BULAN RAMADHAN KOMPENI BADAN PERTOLONGAN CEMAS

Pada 10 Ogos 2012 : Kompeni Badan Pertolongan Cemas telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama jurulatih dan pelajar kokurikulum kompeni Badan Pertolongan Cemas di Bangunan Karyawan UiTM Johor cawangan Segamat. Tujuan majlis diadakan adalah untuk mengeratkan ukhuwah antara pelajar kokurikulum dan jurulatih-jurulatih kompeni Badan Pertolongan Cemas. Majlis dihadiri oleh tetamu VIP iaitu En. Muhammad Fairus bin Abdul Shukor, En. Zainal Abidin, En. Hj. Md Shah, En. Halim selaku jurulatih kompeni Badan Pertolongan Cemas. Selain itu juga, majlis dihadiri oleh para barisan Top5, mantan komander, serta komander-komander kompeni Badan Pertolongan Cemas.

Majlis dimulakan dengan berbuka puasa di bilik karyawan 1 bersama-sama tetamu vip dan para pelajar kokurikulum kompeni Badan Pertolongan Cemas semester 1, 2 dan 3 serta komander-komander yang hadir. Selepas selesai berbuka puasa, majlis diteruskan lagi dengan solat Maghrib berjemaah dan diketuai oleh pelajar kokurikulum iaitu Mohd Syarafuddin, dari pelajar semester 3. Setelah selesai berjemaah, malam jalinan kasih di bulan Ramdhan diteruskan lagi dengan acara menjamu selera dalam dulang.

Selepas itu, setelah masuk waktu Isyak, majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan KMdy Muhammad Firdaus Naim bin Jahari telah mengetuai jemaah tersebut. Setelah selesai berjemaah, majlis diteruskan dengan bacaan surah Yassin dan diketuai oleh pelajar kokurikulum, Mohd Syafaruddin. Setelah tamat bacaan surah Yassin, malam Jalinan Kasih di Bulan Ramadhan berakhir dan semua tetamu bersurai.











No comments:

Post a Comment