MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, August 06, 2012

AGM Kompeni Charlie

      Pada Mesyuarat Agong kali ini KRM Ain Farzanah binti Mohd Husaini telah bertindak sebagai pengerusi majlis.  Ucapan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada penyelaras kokurikulum, Leftenan Kesatria Encik Jamil bin Sulong, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) KMdy Muhammad Firdaus Naim bin Jahari, Ketua Kompeni Charlie, komander, dan pelajar  kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie semester 1 kerana sudi menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Kompeni Charlie sesi Jun -November  2012. Pembubaran Ahli Jawatankuasa Kompeni Charlie bagi sesi November 2011 – Mac 2012 telah dilakukan oleh KMdy NurSyuhada binti Mohd Taib selaku Ketua Kompeni Charlie pada sesi November 2011 – Mac 2012.

     KM  Dayang Suraya binti Sabtu selaku ketua kompeni pada semester ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie semester 1 yang hadir kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi pada mesyuarat agong kali ini.  Beliau menerangkan tampuk kepimpinan kompeni Charlie yang disertai oleh pelajar gabungan program Pengurusan Perniagaan dan Pengurusan Perniagaan Pengangkutan.  Di samping itu, beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kompeni Charlie yang telah memenangi Perkad dan Res- Q Challenge sebagai juara keseluruhan pada dua semester lepas iaitu sesi Mei 2011 – Oktober 2011. Harapan beliau supaya pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie semester 1 memberi komitmen dan menghadiri segala aktiviti yang telah dijalankan. 

     KMdy Muhammad Firdaus Naim bin Jahari mengucapkan selamat datang kepada pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie semester 1.  Beliau berharap para pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie semester 1 dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada para komander kesatria. Beliau juga berharap pada semester yang baru ini akan membawa perubahan yang positif serta kejayaan kepada Kompeni Charlie.




     Leftenan Kesatria Encik Jamil bin Sulong selaku penyelaras kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie berucap kepada pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie semester 1 agar mereka memberi kerjasama dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh jurulatih.  Beliau juga menerangkan aktiviti yang akan dijalankan oleh pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie semester 1 sepanjang semester ini.  Di samping itu, beliau menerangkan sedikit sebanyak tentang peraturan ketika berada di padang kawad dan sahsiah rupa diri yang perlu dipatuhi oleh setiap pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie semester 1. Persembahan multimedia yang memaparkan Ahli Jawatankuasa  Kesatria Negara 1, Kompeni Charlie sesi Jun 2012 - November 2012  untuk diperkenalkan kepada para tetamu VIP dan pelajar Kokurikulum yang hadir. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada semester lepas juga telah dipertontonkan kepada para tetamu yang hadir. Antaranya adalah Annual General Meeting, PERKAD dan Komander Kesatria Endurance Challenge serta makan malam kompeni.


No comments:

Post a Comment