MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, September 21, 2012

Majlis Makan Malam Kompeni Charlie

10 September 2012- Kesatria Negara I, kompeni Charlie telah mengadakan makan malam bersama jurulatih, komander dan pelajar bahagian 1 kompeni Charlie. Makan malam ini bertemakan 'Rainbow' dan telah diadakan di dewan Sri Peria UiTM Segamat, Johor. Makan malam ini juga bertujuan untuk meraikan semua pelajar bahagian 1 kerana telah berjaya menyertai acara dalam Minggu Kokurikulum baru-baru ini. Selain itu juga, makan malam ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara semua pelajar.

Semua jemputan VIP iaitu Lt.(Kest.) Jamil bin Sulong selaku penyelaras Kesatria Negara, En. Jamaluddin bin Hassenman @ Dasiman dan En. Nasir bin Fairin selaku jurulatih kompeni Charlie. Barisan top 5 komander kesatria dan komander-komander juga hadir ke majlis makan malam itu. Majlis bermula pada pukul 8.50 malam dan seterusnya dimulakan dengan bacaan doa, ucapan daripada ketua kompeni Charlie, ucapan dari wakil top 5 dan akhir sekali ucapan daripada pegawai kesatria.


Majlis makan malam diteruskan lagi dengan menjamu selera. Selepas itu, tetamu juga telah dipersembahkan dengan tayangan multimedia dan beberapa permainan diadakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Sebelum berakhir majlis tersebut, sesi penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para tetamu dan sesi fotografi diadakan bagi menyimpan sebagai kenangan. Selepas itu majlis bersurai dan majlis mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis makan malam kompeni Charlie ini.






No comments:

Post a Comment