MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, September 21, 2012

Majlis Makan Malam Kompeni Alpha

              Pada 13 September yang lalu, Kompeni Alpha iaitu kompeni dari Kesatria Negara I telah mengadakan majlis makan malam di dewan Sri Peria UiTM Segamat, Johor. Majlis makan malam ini bertemakan 'Glamour Red' dan Majlis makan malam ini bertujuan bagi meraikan pelajar bahagian 1 kerana telah berjaya memenangi beberapa acara dalam Minggu Kokurikulum 2012 yang lalu. Majlis ini telah dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Kapt. Kest. Norsyidah bt Mahmat Sani, Lt. Kest. Jamil Bin Sulong dan jurulatih-jurulatih kompeni Alpha iaitu En. Hamzah bin Ibrahim, En. Md. Rawi bin Ikhwan dan En. Arshad bin Hj Mohamed Shukor turut menghadiri majlis makan malam tersebut. Barisan Top 5 Komander Kesatria juga turut hadir bersama komander-komander yang lain dan wakil JPK sektor A serta wakil MPP hadir ke majlis tersebut.



Majlis bermula pada pukul 9 malam dengan nyanyian lagu negaraku, Negeri Johor dan UiTM Dihatiku. Bagi memberkati majlis tersebut, bacaan doa dibacakan dan seterusnya majlis berlangsung dengan ucapan-ucapan daripada pegawai kokurikulum iaitu Kapt. Kest. Norsyidah bt Mahmat Sani dan ketua kompeni Alpha, KM Muhammad Faidi Bin Safaruddin. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan menjamu selera. Tetamu yang hadir juga dipersembahkan dengan tayangan multimedia dan persembahan khas daripada kelab PAC UiTM Segamat. Pelajar bahagian 1 kompeni Alpha juga turut mempersembahkan beberapa persembahan dan sesi cabutan bertuah juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis.

Sebelum majlis berakhir, majlis makan malam yang bertemakah 'Glamour Red' ini juga mengadakan pertandingan 'catwalk' untuk pemilihan 'King & Queen of the night'. Selepas itu sesi penyampaian hadiah bagi para pemenang dan cenderahati untuk tetamu jemputan dan tetamu kehormat. Sebelum bersurai, sesi fotografi diadakan untuk menyimpan sebagai kenangan. Majlis berakhir dan semua bersurai.

No comments:

Post a Comment