MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Thursday, September 06, 2012

Family Day Kompeni Alpha

Pada 2 September 2012, Kompeni Alpha telah mengadakan Program Family Day untuk pelajar bahagian 1 kompeni Alpha bagi sesi Jun-Oktober 2012. Program ini bertujuan untuk memberi latihan kepada para pelajar dari segi fizikal dan juga mental. Program ini juga dihadiri oleh Penyelaras Kesatria Negara, Encik Jamil Bin Sulong dan komander-komander kompeni Alpha. Semua pelajar kompeni Alpha berkumpul di dataran PTDI 2 pada pukul 7 pagi untuk pendaftaran dan seterusnya sesi senaman pagi. Selepas itu, para pelajar diberikan beberapa kumpulan untuk sesi latihan dalam kumpulan (LDK) iaitu Ice Breaking. Ini bertujuan bagi semua pelajar dapat mengenali antara satu sama lain dalam kompeni. Pada pukul 10 pagi, pelajar diberikan minum pagi dan bersedia untuk aktiviti seterusnya. Selepas itu, acara explorace dipertandingkan bagi memberi semangat berdaya saing antara pelajar untuk mendapatkan kemenangan. Selepas tamat explorace, aktiviti diteruskan dengan acara sukaneka secara berkumpulan. Semua pelajar bersemangat berpasukan dalam bersaing antara mereka. Sebelum bersurai, upacara penutup dan penyampaian hadiah telah diadakan dan Encik Jamil bin Sulong telah memberi sedikit sepatah dua kata dan mengucapkan tahniah kepada para pemenang. Setiap kumpulan dinilai dari segi kerjasama, semangat dan sikap bersatu padu dalam kumpulan. Majlis penutup telah tamat dan semua bersurai. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakannya secara langsung atau tidak langsung.












No comments:

Post a Comment