MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, December 20, 2013

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOMPENI BADAN PERTOLONGAN CEMAS SESI DISEMBER 2013 - APRIL 2014

1.      UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Pada Mesyuarat Agong kali ini KRM Khairul Bari’ah Binti Samsuddin telah bertugas sebagai pengerusi majlis.Ucapan ribuan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada penyelaras kokurikulum Leftenan Kesatria Samsuri Bin Mohd Tahir, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) KK Muhamad Jasman Bin Abu Bakar, KMdy Nurkhairunnisa Binti Salle, Ketua Kompeni Badan Pertolongan Cemas KM Nur Izzati Binti Abd Razak, komander-komander Badan Pertolongan Cemas, jurulatih Badan Pertolongan Cemas serta pelajar kokurikulum Kompeni Badan Pertolongan Cemas Semester 1 kerana sudi menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Kompeni Badan Pertolongan Cemas Sesi Disember 2013 – April 2014.



2.      BACAAN DOA

Bagi memberkati lagi majlis yang mulia ini, Saudara KRM Muhamad Amirul Ikhmal Bin Azman telah dilantik sebagai ketua dalam mengetuai pembacaan doa.


3.      UCAPAN DARIPADA PENYELARAS KOKURIKULUM

Leftenan Kesatria Samsuri Bin Mohd Tahir selaku penyelaras kokurikulum berucap kepada pelajar  semester 1 agar mereka memberi kerjasama dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh jurulatih serta mengambil berat dan tidak memperlekehkan tentang silibus yang dipelajari sepanjang kokurikulum


4.      UCAPAN PEMBUBARAN MANTAN KETUA KOMPENI

KM Norsuliana Binti Mohd Saupi memberikan ucapan pembubaran Ahli Jawatankuasa Kompeni Badan Pertolongan Cemas yang lama. Beliau berharap para pelajar semester 1 dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada para Komander Badan Pertolongan Cemas dan juga berharap agar pemerintahan pada semester Disember 2013 – April 2014 akan membawa perubahan yang positif serta kejayaan kepada kompeni Badan Pertolongan Cemas.



5.      UCAPAN PERLANTIKAN KETUA KOMPENI

Ketua Kompeni Badan Pertolongan Cemas , KM Nur Izzati Binti Abd Razak telah membuat perlantikan ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni Badan Pertolongan Cemas sesi Disember 2013 - April 2014. Berikut merupakan Ahli Jawatankuasa Kompeni Badan Pertolongan Cemas yang baru setelah sebulat suara dipersetujui oleh ahli mesyuarat:


AHLI JAWATANKUASA KOMPENI BADAN PERTOLONGAN CEMAS
SESI NOVEMBER 2013 – APRIL 2014

KETUA KOMPENI        : KM NUR IZZATI BINTI ABD RAZAK
P. KETUA KOMPENI    : KRM MUHAMAD ARSAD BIN MD YUNUS
SETIAUSAHA 1              : KRM KHAIRUL BARI’AH BINTI SAMSUDDIN
SETIAUSAHA 2              : KRM NURUL HAZIQAH BINTI BOHANUDDIN
BENDAHARI  1              : KRM NURSHAZWANI BINTI MOHD ARIFF
BENDAHARI  2              : KRM NURUL FARRAHIN LIANA BINTI ABD JALIL

BIRO PROJEK

  • KRM NUR SYAZA ELLYNA BINTI ZAINAL
  • KRM MUHAMMAD HILMI BIN MUHAMMAD RAFIQ SELVARAJAH


BIRO TUGAS – TUGAS KHAS

  • KRM MUHAMMAD ILLIYIN BIN MAT ISHAM
  • KRM NADIATUL FARHANA BINTI MOKHTAR
BIRO LOGISTIK

  • KRM NUR NISA AFRINA BINTI UJANG
  • KRM NOORSHAHILA BINTI SHAHARUDDIN
BIRO MULTIMEDIA

  • KRK NURUL ATHIRAH BINTI NORZAMAN
  • KRM MUHAMAD AMIRUL IKHMAL BIN AZMAN
  • KRM MUHAMAD TAUFIQ BIN PATHOL BAHAR

6.       UCAPAN DARIPADA WAKIL JPKK

KMdY Nurkhairunnisa binti Salleh pada semester ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua Ahli Kompeni Badan Pertolongan Cemas yang hadir kerana  telah menunjukkan komitmen yang tinggi pada mesyuarat agong kali ini. Disamping itu, beliau juga menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti yang  telah berlangsung baru-baru ini .    



7.      PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Sebagai tanda ucapan terima kasih kerana telah menghadiri Perjumpaan Dwi Tahunan Badan Pertolongan Cemas dan melibatkan diri dalam kompeni Badan Pertolongan Cemas, sedikit cenderahati diberikan kepada Penyelaras Badan Pertolongan Cemas, Leftenan(Kest.)Samsuri Bin Mohd Tahir, dan mantan-mantan komander Badan Pertolongan Cemas.



3.      PENUTUP

Tetamu jemputan dan pelajar diminta menyanyikan lagu UiTM Dihatiku di akhir majlis berlangsung. Pengerusi majlis iaitu Khairul Bari’ah Binti Samsuddin telah menutup majlis Perjumpaan Dwi Tahunan Kompeni Badan Pertolongan Cemas.

No comments:

Post a Comment