MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, December 20, 2013

PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI CHARLIE

Pada 16 Disember 2013, Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Charlie telah diadakan di Dewan Kuliah 1. Jutaan terima kasih kepada Pegawai Kehormat, Kapt. (Kest) Norsyidah Binti Mahmat Sani dan Kapt. (Kest) Syazali Effendi Bin A. Wahab, jurulatih Komander Kesatria Negara, wakil Top 10 Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) KMdy Noreen Farahin Binti Supardin dan KMdy Nurkhairunnisa Binti Salleh, Ketua Kompeni Charlie, KM Nuratikah Binti Jamari, barisan Top 10, mantan komander, wakil YDP Majlis Perwakilan Pelajar, wakil YDP Sektor B, barisan komander, dan pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1 Kompeni Charlie kerana sudi menghadiri Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Charlie sesi November 2013 - April 2014.




Bagi memberkati majlis, majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh wakil pelajar Kokurikulum Kesatria Negara 1. KRM Muhamad Faiz Bin Johari selaku pengerusi majlis, meneruskan majlis dengan ucapan Pegawai Kehormat Kokurikulum Kesatria Negara, Kapt. (Kest) Syazali Effendi Bin A. Wahab dan Kapt. (Kest) Norsyidah Binti Mahmat Sani. Penegasan terhadap kerjasama sepasukan antara pelajar telah diucapkan bagi memberi kesedaran kepada para pelajar. Tuan Syazali dan Cik Puan Norsyidah turut menyatakan tentang pencapaian barisan komander dan keistimewaan penglibatan dalam komander.



Majlis diteruskan dengan ucapan KMdy Nurkhairunnisa Binti Salleh selaku wakil Top 10,Beliau mengucapkan selamat datang kepada pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1 dan berharap para pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1 Kompeni Charlie  dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada para komander Kesatria Negara yang bakal menerajui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Selain itu, beliau juga telah membentangkan carta organisasi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria ( JPKK) Batalion VI bagi sesi November 2013 - April 2014.


Seterusnya ucapan daripada Ketua Kompeni Charlie, KM Nuratikah Binti Jamari bagi membubarkan Ahli Jawatankuasa Kompeni Charlie sesi Jun - Oktober 2013 dan melantik Ahli Jawatankuasa Kompeni Charlie yang baru bagi sesi November 2013 - April 2014. Beliau menegaskan tentang perlunya kerjasama para pelajar kokurikulum Kesatria Negara 1 bagi menjayakan setiap aktiviti yang bakal berlangsung antaranya Induksi, Perkhemahan dan Jamuan Makan Malam Kompeni Charlie.


Majlis diakhiri dengan tayangan multimedia dan para tetamu jemputan diarak ke dewan makan untuk menjamu selera.




No comments:

Post a Comment