MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, December 20, 2013

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOMPENI ALPHA

Kesatria negara kompeni alpha terdiri daripada pelajar semesta 1 sesi November 2013 – April 2014. Para pelajar kompeni alpha pada semester ini terdiri daripada 141 orang. Komander kompeni alpha pula terdiri daripada 14 orang komander yang bertugas sebagai pembantu jurulatih. Pada mesyurat agong kali ini KRM Sharifah Anisah Binti Syed Harun dan KRM Muhammad Irfan Bin Amir telah bertugas sebagai pengerusi majlis. Ucapan ribuan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada penyelaras kokurikulum Leftenan Kesateria Encik Jamil Bin Sulung, pegamai kehormat  Mejar (Kest.) Syazali Effendi Bin A.Wahab, penolong pegawai kokurikulum Kapt.(Kest.) Norsyidah Binti Mahmat Sani, wakil jawatankuasa perwakilan Komander Kesatria (JPKK) KMdy Noreen Farahin Binti Supardin, Ketua Kompeni Alpha, komander, ahli Kompeni Alpha dan pelajar semester 1 kerana sudi menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kompeni Alpha. Bagi memberkati lagi majlis yang mulia ini, KRM Ahmad Izzul Iman Bin Ahmad Kamal mengetuai dalam bacaan doa.

Ucapan Daripada Penyelaras Kokurikulum

Encik Jamil Bin Sulung selaku penyelaras kokurikulum berucap kepada pelajar semester satu agar mereka memberi kerjasama dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh jurulatih. Beliau juga menerangkan aktiviti yang akan dijalankan oleh pelajar sepanjang semester ini.Sementara itu, beliau juga memberitahu kemenangan yang diperolehi oleh kompeni Alpha semasa PERKAD yang lalu. Antara aktiviti yang bakal dilakukan sepanjang semester ini ialah:-

  1. Perkemahan Kompeni Alpha
  2. Induksi bersama pelajar kokurikulum
  3. Makan malam bersama pelajar kokurikulum

Ucapan Daripada Pegawai Kehormat

Mejar (Kest.) Syazali ffendi Bin A.Wahab mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru semester 1 ke Kompeni Alpha bagi sesi November 2013 – April 2014. Beliau juga mengharapkan pelajar semester 1 dapat memberi kerjasama kepada semua pihak sepanjang aktiviti kokurikulum dijalankan.

Ucapan Daripada Penolong Kokurikulum

Kapt (Kest.) Norsyidah Binti Mahmat Sami menegaskan tentang kehadiran pelajar kokurikulum pada setiap aktiviti yang dijalankan. Beliau juga mendedahkan kemenangan yang telah dicapai oleh Kompeni Alpha untuk menggalakkan mereka lebih bersemangat menyertai kompeni Alpha. Kompeni Alpha telah mencapai beberapa kemenangan antaranya ialah kawad kaki dan rempuh halangan kompeni Alpha berjaya mendapat tempat kedua, simulasi bencana juga mendapat tempat kedua dan Cardio Pulmonary Radiation (CPR) berada di tempat yang ke tiga. Kompeni Alpha juga merangkul tempat ketiga untuk keseluruhannya.

Ucapan Pembubaran Mantan Ketua Kompeni

KM Nur Fatihah binti Mohamad Tarmizi memberikan ucapan pembubaran ahli jawatankuasa lama kompeni Alpha.Beliau juga berharap para pelajar semester satu dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada para Komander Kesatria.

Ucapan Perlantikan Ketua Kompeni

Ketua Kompeni Alpha, iaitu KM Nur Fatihah Binti Mohamad Tarmizi telah membuat perlantikan ahli jawantankuasa baru bagi kompeni Alpha sesi November Alpha sesi November 2013-April 2014. Berikut merupakan Ahli Jawatankuasa Kompeni Alpha yang baru setelah sebulat suara dipersetujui oleh ahli mesyuarat:

AHLI MAJLIS TERTINGGI

Ketua kompeni                       : KM NUR FATIHAH BINTI MOHAMAD TARMIZI
Penolong ketua Kompeni        : KRK JULIANA BINTI ROSMANI
Setiausaha                              : KRK MIMI HAIZURA BINTI SHARIF
Naib Setiausaha                      : KRM SHARIFAH ANISAH BINTI SYED HARUN
Bendahari:                              : KRK NURAZALIQA BINTI MOHD AKHIR
Naib Bendahari:                     : KRM NURUL NADIAH BINTI HUZAINI
Ahli Jawatankuasa:                 : KRM NUR AMIRAH BINTI MD ESA
                                              : KRM NAJAHTUL AKMA BINTI ABDUL RAHIM@ARIFIN
                                              : KRM MUHAMMAD IRFAN BIN AMIR
                                              : KRM ABDUL HARITH BIN AHMAD RAZALI
                                              : KRM MOHAMMAD FARHAN BIN ROSEMADI
                                              : KRM NUR FAZIDAH BINTI FADZIL
                                              : KRM NUR ASILAH BINTI MD.SALLEH
                                              : KRM AHMAD IZZUL IMAN BIN AHMAD KAMAL


Pada akhir mesyuarat agung tahunan kompeni alpha pegawai kehormat dan para pelajar semester 1 kompeni alpha ditayangkan video dan seterusnya pengerusi telah mengakhiri mesyuarat pada kali ini dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment