Thursday, January 16, 2014

PERKHEMAHAN KOMPENI JABATAN PERTAHANAN AWAM (JPAM)

           Pada 13 hingga 15 Januari 2014, Kompeni Jabatan Pertahanan Awam(JPAM) telah mengadakan perkhemahan ke Hutan Lipur Gunung Berlumut, Kluang Johor. Perkhemahan selama 3 hari 2 malam ini melibatkan para pelajar semester 1 kompeni JPAM sesi November 2013-April 2014 seramai 68 orang, 8 orang komander pengiring, 3 orang jurulatih dan seorang penyelaras kompeni JPAM iaitu Left.(Kest.) Mohd Juakhir Bin Hassan.             



           Setelah tiba di lokasi, segala barang dikumpulkan disatu tempat dan para pelajar mula mendirikan khemah mengikut kumpulan yang telah dibahagikan. Selepas itu, para pelajar diminta berkumpul dihadapan dewan untuk aktiviti yang seterusnya iaitu Latihan Dalam Kumpulan (LDK1) dan Night Walk. Seramai 3 orang ‘guide’ disediakan bagi menjalankan aktivit Night Walk dikawasan tersebut. Semua peserta menjamu selera untuk makan malam sebelum Night Walk. Selesai aktiviti Night Walk, para pelajar dibenarkan untuk berehat dikhemah masing-masing. Mereka diminta untuk berehat secukupnya untuk persiapan bagi aktiviti mendaki pada keesokannya.




             Pada keesokan harinya iaitu 14 Januari 2014, semua para pelajar kelihatan teruja dan gembira untuk melakukan aktiviti yang utama pada hari itu iaitu mendaki Hutan Lipur Gunung Berlumut. Sebelum bergerak, semua yang terlibat diberi taklimat ringkas oleh ketua ‘guide’ mendaki pada hari tersebut yang dikenali sebagai Abang Nan. Seramai 5 orang ‘guide’ mendaki disediakan . Sesi fotografi beramai-ramai diadakan sebelum memulakan perjalanan. Pendakian dijalankan sehingga di ‘check point’ kedua iaitu pada ketinggian 4800 meter. Aktiviti mendaki ini selesai tepat jam 2.30 petang. Setelah solat dan makan tengah hari aktiviti pada petang itu diteruskan lagi dengan LDK 2  dan disambung semula selepas solat asar. Pada malamnya pula, dijalankan LDK3 dan para pelajar diminta membuat persembahan untuk malam kebudayaan pada malam tersebut mengikut kumpulan. Setiap kumpulan diberi masa 15 minit untuk membentangkan ahli kumpulan, logo, treadmark dan persembahan kumpulan masing-masing.

             Untuk hari yang terakhir, 15 Januari 2014  aktiviti pada pagi itu dimulai dengan  senaman pagi dan diteruskan dengan beberapa permainan yang telah disediakan seperti bola beracun, membawa kuaci tanpa menggunakan tangan dan acah galah. Setiap permainan akan diambil markah dan dimasukkan dalam markah kumpulan. Setelah selesai setiap aktiviti yang diaturkan, para pelajar diminta untuk mengemas khemah dan barang-barang sebelum majlis penutup diadakan iaitu selepas makan tengah hari. 




             Majlis penutup dipengerusikan oleh Komander Rendah Muda Nurhawa Illiyani Binti Zainudin. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Komander Rendah Muda Luqman Hakkeem Bin Shaffie. Seterusnya ucapan dari ketua kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Komander Muda Nazatul Hazwani Binti Mohd Zal dan ucapan dari penyelaras kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Left.(Kest.) Mohd Juakhir Bin Hassan. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah untuk para pemenang mengikut kumpulan, penyampaian cenderahati kepada penyelaras kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Left.(Kest.) Mohd Juakhir Bin Hassan dan mantan-mantan kompeni JPAM yang turut hadir. Majlis berakhir jam 3.30 petang. 
             
             Sebelum bertolak pulang, para pelajar dibenarkan untuk mandi di air terjun Hutan Lipur Gunung Berlumut. Tepat jam 5.00 petang semua berkumpul dan bergerak pulang ke UiTM Segamat cawangan Johor. 

No comments:

Post a Comment