Thursday, January 16, 2014

Perkhemahan Jati Diri Kesatria Negara Kompeni Bravo Sesi Disember 2013 - April 2014

Pada 16-17 Januari 2014, Kompeni Bravo telah mengadakan perkhemahan untuk para pelajar Kompeni Bravo di Majlis Sukan Negara Saujana(MSNS) Asahan, Melaka. Seramai 3 orang jurulatih, Lft.(Kest) Jamil Bin Sulong besama keluarga, 140 orang peserta dan 17 orang komander,  telah mengikuti perkhemahan ini.


Khamis (16/1/2014)
Para peserta berkumpul di padang kawad pada pukul 2.30 petang untuk taklimat awal dan semakan kehadiran peserta. Pada pukul 3.00 petang, para pelajar bergerak keluar dari perkarangan UiTM Segamat ke MSNS Asahan, Melaka. Tepat pukul 4.45 petang, para peserta  selamat tiba di MSNS Asahan, Melaka. Selepas itu, para pelajar bergerak ke dewan untuk persediaan LDK 1 dan  diberikan kumpulan kemudian para pelajar dikehendaki membuat moto, logo, misi dan visi serta ‘trade mark’ kemudian mereka membuat pembentangan hasil dari kerja mereka.


                       
Selepas LDK 1, bagi mengisi masa yang tergendala itu, mereka diberi masa untuk berbincang tentang persembahan untuk malam kebudayaan. Kemudian, peserta diberi masa untuk persiapan diri untuk solat magrib dan isyak.  Selepas persiapan diri para pelajar siap sedia untuk LDK 2 iaitu malam kebudayaan bagi setiap kumpulan. Selepas selesai LDK 2, mereka diberi kudapan malam dan selepas itu mereka bersiap sedia untuk night walk yang bermula pada pukul 12.00 pagi.

        
Jumaat 17/1/14


           Pada jam 5.00 pagi, para pelajar membuat persiapan diri untuk solat subuh secara berjemaah  dan persiapan untuk  PT pagi. Selepas itu, mereka diberi sarapan pagi. Kemudian, para pelajar bergerak ke tempat flying fox dan abselling. Para peserta di serahkan kepada pihak kem bagi menjalankan aktiviti tersebut. Sebelum menjalankan aktiviti tersebut, mereka diberi taklimat tentang aktiviti itu. Selesai taklimat tersebut, mereka di kehendaki untuk bersedia untuk melakukan aktiviti flying fox dan abselling. Selepas itu, pelajar lelaki membuat persiapan diri untuk solat Jumaat, sementara itu pelajar perempuan membuat OPKIM di kawasan tersebut. Selepas segalanya selesai, para peserta bersiap untuk pulang ke Uitm Johor.





              





No comments:

Post a Comment