Friday, January 20, 2012

Kursus Pemantapan Komander Kesatria

 Pada 23- 25 Disember 2011 telah diadakan Kursus Pemantapan Komander Kesatria. Kursus ini telah berlangsung selama 3 hari. Seramai 70 orang komander batch 20 dan 21 serta 21 orang komander pengiring. Kursus ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi komander-komander dari segi fizikal dan mental. 

Pada 23 Disember, komander- komander batch 20 dan 21 dikehendaki berkumpul pada pukul 3.30 petang di Dewan Kuliah 2 Blok Karyawan dengan berpakaian sukan untuk mendaftar. Setelah selesai mendaftar, mereka diberikan sedikit taklimat mengenai tentatif program ini oleh KM Mohd Syafiq bin Abu Hashim sebagai Ketua Projek bagi program ini. Selepas itu, mereka dibahagikan kepada 5 kumpulan dan bagi setiap mempunyai seorang komander pemantau.
Mereka telah diberikan tugasan untuk membuat kertas kerja dan kertas kerja ini harus disiapkan untuk dibentangkan. Setelah selesai berbincang, mereka dibawa ke Pusat Islam untuk menunaikan solat Asar.









Pada sebelah malam pula, adalah sesi ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Kehormat Komander Kesatria UiTM Segamat, Johor. Ceramah yang diberikan adalah mengenai Pemimpin dan Kepimpinan yang sedikit sebanyak dapat memberikan input dan keyakinan kepada komander-komander baru.








Pada 24 Disember 2011, iaitu pada pukul 5 pagi mereka dikehendaki untuk pergi ke Pusat Islam untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah. Setelah selesai menunaikan solat subuh, komander-komander baru dibawa ke Padang Kawad unutk membuat PT pagi yang telah dikendalikan oleh KM Faidiey Safaruddin selama 1 jam. Seterusya, mereka kehendaki unutk bersarapan pagi kerana selepas sarapan pagi mereka akan pergi ke Balai Bomba Bandar Putra.













Pada pukul 8.30, mereka bertolak ke Balai Bomba Bandar Putra untuk menjalani latihan Kebombaan. Perjalanan ke Balai Bomba Bandar Putra mengambil masa selama 1 jam. Sejam kemudian, kami telah sampai ke Balai Bomba Bandar Putra. Setibanya kami di Balai Bomba Bandar Putra, mereka telah diberikan taklimat mengenai aktiviti yang akan pada hari tersebut oleh Pegawai Bomba yang bertugas. Sebelum mereka melakukan aktiviti yang disediakan, mereka dikehendaki menghadiri ke kelas untuk didedahkan serba-sedikit mengenai latar belakang Bomba dan Penyelamat.




Setelah selesai ,mereka dikehendaki untuk beratur dan mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk menjalani aktiviti yang telah disediakan. Aktitviti yang telah disediakan adalah Kawad Hos Basah, Proses menyelamat dan mengenali barang-barang bomba yang terdapat di dalam jentera Bomba. Setiap kumpulan akan bergilir-gilir untuk melakukan aktiviti -aktiviti yang telah disediakan.


SEMASA HENDAK MASUK KE DALAM KELAS





KAWAD HOS BASAH











PROSES MENYELAMAT









MENGENALI BARANG-BARANG YANG TERDAPAT DI DALAM JENTERA BOMBA






Setelah semua sudah selesai, semua komander menunaikan solat Zohor dan menikmati hidangan tengh hari yang telah disediakan. Apabila sudah selesai menikmati hidangan yang telah disediakan, kami semua pulang ke UiTM. Kami amat gembira kerana kami dapat mempelajari sesuatu tang baru. Terima Kasih kami ucapkan kapada Pihak Balai Bomba Bandar Putra, Segamat Johor.




Pada pukul 5, komander-komander baru dikehendaki untuk berkumpul di Dewan Kuliah 2. Sepatutnya, aktiviti mereka pada petang itu adalah explorace, tetapi keadaan cuaca tidak menentu ketika itu. Untuk mengelakkan daripada sesuatu terjadi, pada itu komander -komander pengiring telah membuat backup plan. Pada petang itu, mereka dikehendaki untuk membentangkan kertas-kertas kerja mereka.








Pada waktu malam pula, adalah malam kebudayaan. Mereka dikehendaki untuk membuat persembahan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Pelbagai jenis persembahan yang telah mereka persembahkan. Ternyata mereka sangat kreatif , kerana ada antara mereka yang berlakon, menyanyi dan bermain keyboard. Persembahan mereka amat menarik pada malam itu!

Pada 25 Disember 2011, iaitu hari terakhir untuk kursus ini, mereka dikehendaki berkumpul di padang kawad seawal 6.30 pagi bagi membuat PT pagi. Setelah selesai melakukan PT pagi, mreka dikehendaki untuk bersarapan dan selepas selesai bersarapan mereka dikehendaki untuk Kawad Kaki. Encik Aziz dan Encik Sahlan adalah antara jurulatih yang terlibat dalam Kawad Kaki. Encik Aziz ditugaskan unutk mengajar Kawad Kaki dan Encik Sahlan pula ditugaskan untuk mengajar Kawad Tongkat.


















Program ini tamat tepat pukul 1.00 tenghari dan berakhir dengan makan tengah hari. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar.


Komander-komander batch 20 dan 21


komander-komander pengiring


Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, dalam menjayakan program ini. Semoga Komander Kesatria UiTM Johor sentiasa bersemangat untuk menaikkan nama Komander-komander UiTM Johor.


























































































No comments:

Post a Comment