Wednesday, January 18, 2012

Komander Kesatria di MITEK 2012

          Pada 10- 15 Januari 2012 Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Segamat menganjurkan program Minggu Terbuka Kolej (MITEK) yang pada tahun ini bertemakan Mahasiswa Moden Pemangkin Ummah (MAMPU). Pada MITEK kali ini Komander Kesatria UiTM Johor telah diberikan tanggungjawab untuk terlibat di dalam gimik perasmiaan majlis tersebut.
          Majlis perasmian berlangsung pada 11 Januari 2012 (Rabu) bertempat di dataran Perpustakaan Tun Dr. Ismail. Majlis dimulakan pada jam 9.00 malam dan dirasmikan oleh Rektor UiTM Segamat Prof Madya Dr. Omar bin Samad. Gimik pada perasmiaan tersebut ialah 6 orang komander masuk berserta seorang ketua kontingen menyerahkan banner MITEK kepada rektor untuk ditandatangani. Antara komander yang terlibat ialah:

  • KM Mohd Syafiq bin Abu Hashim
  • KM Siti Nabilah bt. Zainal Abidin
  • KM Nur Syuhada bt. Mohd Taib
  • KM Mohamad Hafiz bin Abdullah
  • KM Nasrul Syazwan bin Mohamed
  • KRK Mohammad Abdullah bin Zaharin
  • KRK Muhammad Firdaus Naim bin Jahari

Barisan komander yang terlibat                                         


Barisan komander masuk diiringi alunan muzik oleh Brass Band


KM Mohd Syafiq menyerahkan banner untuk ditandatangani oleh Rektor 






Jutaan TERIMA KASIH dan TAHNIAH kepada komander yang terlibat. Semoga Komander Kesatria UiTM Johor terus bersemangat untuk menaikkan nama Jengking Johor dan mencipta kenangan di UiTM Segamat.

No comments:

Post a Comment