Sunday, February 27, 2011

Makan Malam Regimental

Malam Regimental
merupakan majlis makan malam yang dilakukan ala makan malam tentera
pada 28hb Januari 2011.

Majlis makan malam ini juga bertujuan untuk meraikan komander-komander yang menyertai Jambori di UiTM Kedah kerana telah mengharumkan nama UiTM Johor dengan memenangi banyak pertandingan yang telah dipertandingkan dan juga komander yang mendapat Dekan dalam keputusan peperiksaan semester lepas.

Selain itu, majlis ini juga adalah bertujuan untuk merasmikan penutupan Kursus Pengenalan dan Pemantapan Komander Kesatria yang diadakan pada 21-23hb Januari 2011.
Gambar-gambar persediaan sebelum Majlis Makan Malam Regimental
Majlis dimulakan dengan jamuan makan malam yang memerlukan semua tetamu jemputan dan tetamu yang dirai untuk makan mengikut irama muzik.
Gambar-gambar susunan meja
Sukarelawan daripada Brass Band yang memeriahkan lagi majlis
Setelah selesai jamuan makan malam, semua tetamu berpindah majlis. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada KK Zazfika, dan diikuti oleh ucapan KK Aliza (B).

Kemudian, dengan segala hormatnya, ucapan pengarah kampus UiTM Johor bagi merasmikan Makan Malam Regimental dan penutup Kursus Pengenalan dan Pemantapan Komander Kesatria.
Barisan tetamu kehormat
Selepas ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan upacara penyerahan kuasa daripada KK Aliza (B) kepada KK Zazfika.
Gambar penyerahan kuasa kepada KK Zazfika
Kemudian, majlis diteruskan dengan pemberian hadiah cenderamata kepada komander yang mendapat keputusan Dekan dan 'ikon' terpilih di dalam komander.
TP HEA UiTM Johor menyampaikan cenderamata kepada komander yang mendapat Dekan
Ikon Komander menerima cenderamata daripada TP HEP UiTM Johor
Seterusnya, majlis diteruskan dengan perasmian Blog Komander yang dirasmikan oleh Pengarah UiTM Johor. Gimik perasmian yang menarik dan bergaya ditunjukkan oleh Biro Multimedia dan Publisiti.
Gimik perasmian blog bermula
Selepas itu, majlis diteruskan dengan perasmian Majalah KJ6 yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah UiTM Johor. Gimik perasmian yang menarik dan penuh aksi juga turut dipamerkan oleh Biro Logistik.

Majlis diteruskan pula dengan persembahan kebudayaan yang telah mendapat tempat johan ketika pertandingan Jambori di UiTM Kedah dengan menyanyikan lagu nasyid yang bertajuk 'Perjuangan Silam'.

Persembahan multimedia Jambori pula menyusul selepas persembahan kebudayaan tersebut.
Pegawai Kehormat UiTM Johor
Barisan Komander Kesartia UiTM Johor
Apabila selesai persembahan multimedia tersebut, maka berakhirlah majlis Makan Malam Regimental. Para tetamu VIP, beransur pulang dalam keadaan yang gembira.

Kami mendapat ucapan syabas dan tahniah daripada Mejar Kesatria Ujud bin Pabil, Pegawai Kokurikulum, kerana berjaya menjalankan majlis Makan Malam Regimental dengan jayanya.

p/s : ini merupakan pengalaman dan pendedahan yang baik kepada Komander Johor. saya mengharapkan majlis Makan Malam Regimental ini dapat diteruskan, malah dapat diperbaiki sekiranya terdapat kekurangan, oleh Komander-komander di generasi mendatang.

~Terima Kasih~

"Once A Commander, always a commander"

_Biro Multimedia & Publisiti_2011

1 comment:

  1. a very nice regimental night for me to attend..congrats jengking johor.hopefully it will be continue for the next semesters.

    ReplyDelete