MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, February 27, 2011

Futsal Charity anjuran D' trans

Futsal Charity merupakan aktiviti anjuran 'Diploma in Business (Transport)'
Aktiviti sukan yang dipertandingkan hanyalah "Futsal" pada 26hb Februari 2011.
Komander Johor tidak ketinggalan untuk menghantar pasukan dalam program amal ini.
Setiap kumpulan dikehendaki untuk menghantar 7orang pemain dan membayar yuran pendaftaran. Sebahagian daripada yuran pendaftaran tersebut akan disumbangkan kepada pihak yang berkenaan.
7 orang wakil dari Komander Johor

Jam 8:30pagi
Semua peserta / pemain berkumpul di Padang 'Futsal' di Kompleks Sukan, UiTM Johor.
Semua ketua pasukan diminta untuk mendaftar nama di meja urusetia.
Kami telah bersepakat untuk memilih KM Ruzaini sebagai ketua pasukan.
Ketua pasukan telah menghantar nama dan memberi nama kumpulan
"Jengking FC".
Kapten pasukan (Ahmad Ruzaini) sedang mendaftar di meja urusetia
Senarai Ahli Pasukan "Jengking FC" :
Ahmad Farid     : Penjaga Gol 
Ahmad Ruzaini (Kapten)  : 'Defender'
Wan Mohd Mustaqim     : 'Defender'
Abdul Razak      : 'Defender'
Muhammad Falyhin    : 'Midfielder'
Wan Ahmad Zattulbahti     : 'Striker'
Muhammad Sollehan     : 'Striker'

Jam 9:00pagi
"Jengking FC" telah ditempatkan dalan 'Group A'.
Perlawanan pertama dimulakan dengan kumpulan "Jengking FC" bertemu kumpulan "Lorong Hajah Zainab (LHZ)" sebagai pembuka gelanggang. Tempoh untuk satu permainan adalah 5minit sebelah.
Merancang strategi sebelum memulakan perlawanan
Kedua-dua ketua pasukan lawan "o-jus" untuk menentukan siapa bermula dahulu.
Jaringan yang menarik dipamerkan oleh Falyhin.
Mustaqim mempamerkan skillnya untuk memperdayakan penjaga gol
Perlawanan pertama berjalan dengan sangat lancar. Pasukan "Jengking FC" telah menunjukkan bisanya dengan menang 5-0.

Perlawanan kedua, pasukan "Jengking FC" menentang pasukan "DBST Part 4".
Pasukan 'Jengking FC' telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam perlawanan ini. Perlawanan kedua lebih mencabar kerana bertemu dengan pasukan yang tidak kurang hebatnya.
Permainan sedang rancak dimainkan
Pada perlawanan kedua ini, pasukan "Jengking FC" telah tewas (4 - 1).

Memikirkan strategi untuk menang
Namun begitu, semangat pasukan "Jengking FC" tidak akan luntur. Kami meneruskan permainan tersebut dengan perlawanan yang ke-3.

Pasukan "Jengking FC" vs pasukan "Karisma Reject"

Perlawanan ini merupakan penentuan bagi kedua-dua pasukan untuk layak ke peringkat seterusnya.
Gambar bola tengah

Pasukan "Jengking FC" mengerah seluruh tenaga untuk perlawanan tersebut, namun nasib tidak menyebelahi pasukan "Jengking FC". Pasukan "Jengking FC" tewas (5-2).

Biarpun pasukan "Jengking FC" tewas, namun semua pemain berpuas hati dengan permainan yang dipamerkan. Tambahan pula, pasukan "Jengking FC" juga seronok kerana telah terlibat dalam program amal ini.

Gambar-gambar barisan pemain dalam pasukan "Jengking FC"

p/s : Muhammad Falyhin merupakan bekas komander yang kami jemput khas untuk turut bermain dalam program amal ini. Ini munujukkan semangat komander tidak akan hilang biarpun sudah lama ditinggalkan.

~Terima Kasih~

"Once a Commander, Always a Commander"

_Biro Multimedia & Publisiti_2011

No comments:

Post a Comment