MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, February 26, 2011

Kursus Pengenalan dan Pemantapan Komander Kesatria

     Kursus Pengenalan dan Pemantapan Komander Kesatria ini merupakan salah satu program yang dijalankan  bagi memantapkan lagi Komander Johor terutamanya kepada komander yang baru ( Batch19 ). Program ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam iaitu pada 21-23hb Januari 2011. Peserta kursus ini terdiri daripada komander batch 19.

21hb Januari 2011

Perasmian Kursus Pengenalan dan Pemantapan Komander Kesatria diadakan di BK01 pada jam 9.00malam. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh KM Azizi. Majlis diteruskan dengan ucapan kata-kata aluan oleh KK Zazfika. Seterusnya, majlis menjemput pula Mejar Kesatria Ujud bin Pabil bagi memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kursus Pengenalan dan Pemantapan Komander Kesatria. 
Kehadiran VIP dikawal masuk oleh 2 orang 'Men in Black'
Gambar-gambar perasmian Kursus oleh Mejar Kesatria Ujud bin Pabil
Sebaik sahaja perasmian selesai dilakukan, Tn. Ujud mengadakan sedikit perbincangan mengenai aktiviti yang bakal dijalankan oleh komander ketika itu, iaitu Makan Malam Regimental.

Ketika perbincangan sedang rancak dibincangkan, sesuatu yang mengejutkan semua orang telah berlaku, iaitu kehadiran Naib Canselor, Dato' Prof Ir. Dr. Sahol Hamid, Pengarah UiTM Johor, Timbalan Pengarah HEA serta Timbalan Pengarah HEP. Kehadiran semua VVIP ini merupakan satu penghormatan kepada semua komander di dalam majlis perasmian Kursus Pengenalan dan Pemantapan Komander Kesatria. Kemudian, Naib Censelor telah membukakan soalan kepada para komander sekiranya terdapat sebarang masalah atau kesulitan.


Kenangan : sesi soal jawab bersama Dato' Prof. Sahol Hamid 
Satu Penghormatan : Gambar-gambar Komander bersama Dato' Prof. Sahol Hamid
Setelah VVIP melangkah pulang, kami meneruskan lagi perbincangan mengenai aktiviti Makan Malam Regimental tersebut sehingga selesai. Kemudian, para peserta kursus dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang dibantu oleh seorang fasilitator yang terdiri daripada komander batch 18 untuk membincangkan tentang tugasan membuat kertas kerja dan akan dibentang pada keesokkan harinya.
Gambar-gambar perbincangan kertas kerja dalam kumpulan
Majlis berakhir pada jam 11.00malam.

22hb Januari 2011

Semua komander dikehendaki berkumpul di hadapan Dewan Makan Sri Selasih pada jam 7.00pagi bagi menikmati sarapan pagi secara beramai-ramai. Kemudian, semua komander bergerak ke Padang Kawad bagi meneruskan aktiviti seterusnya.
Keadaan ketika di Dewan Makan Sri Selasih
Latihan kawad kaki dijalankan kepada komander batch 19 dipandu oleh komander batch 17, manakala kawad tongkat kepada komander batch 18 yang diajar oleh jurulatih, En. Aziz dan En. Sahlan.
Gambar-gambar ketika latihan pengukuhan Kawad Kaki
Setelah selesai latihan kawad, semua komander bergerak ke Dewan Makan Seri Selasih untuk menikmati makan tengahari.

Pada petang pula, aktiviti yang dijalankan ialah pembentangan kertas kerja oleh setiap kumpulan dan dinilai oleh En. Samsuri bin Mohd Tahir, Penasihat Kokurkulum.


En. Samsuri memberi komen terhadap pembentangan kertas kerja setiap kumpulan
Pada malam hari pula adalah Ceramah Protokol Beruniform (Teori) yang disampaikan oleh Mejar Kesatria Ujud bin Pabil di DK1.
Ceramah Protokol Beruniform oleh Mejar Kesatria Ujud bin Pabil
Demonstrasi daripada peserta kursus

23hb Januari 2011

Semua komander berkumpul di Padang Kawad selepas selesai mengambil sarapan pagi. 

Gambar ketika bersarapan pagi
Aktiviti seterusnya ialah Explorace. Para peserta diberi sedikit takilimat sebelum dilepaskan ke 'check point' masing-masing. 
Berehat sambil menunggu peserta kursus ke 'check point Rempuh Halangan.
Berjaya sampai ke 'check point'
Gambar selepas aktiviti Explorace
Pada petang hari pula, jam 2.00 petang, kursus diteruskan dengan Ceramah Protokol Beruniform (Praktikal) oleh Mejar Kesatria Ujud bin Pabil dan berakhir pada jam 5.00 petang dengan majlis penutup yang ringkas.
Ketibaan Mejar Kesatria Ujud bin Pabil
Gambar memulakan majlis dengan bacaan doa
Gambar selepas majlis penutup kursus
p/s : Bagi penutup Kursus Pengenalan dan Pemantapan yang sebenar diadakan dalam majlis Makan Malam Regimental pada 28hb Januari 2011.

~Terima Kasih~


"Once A Commander, Always a Commander"

_Biro Multimedia & Publisiti_2011

No comments:

Post a Comment