Saturday, February 26, 2011

AGM Komander 2011

Alhamdulillah Annual Grand Meeting atau Mesyuarat Agong Tahunan Komander Kesatria dengan jayanya telah diadakan pada 12 Januari 2011 bertempat di LT1 dan pada jam 8.30malam, ketibaan Tuan Ujud B. Pabil dan diiringi oleh barisan top5 serta penasihat kokurikulum untuk masuk ke majlis.


Barisan teknikal Multimedia
Gambar-gambar sebelum kedatangan VIP
Mesyuarat yang diadakan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, KRK Mustaqim dan bacaan doa oleh KM Azizi.
Majlis diteruskan lagi dengan pembubaran JPKK semester lepas dan pelantikan barisan JPKK baru oleh KK Zazfika.
Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian AGM Komander oleh Tn. Ujud bin Pabil, Pegawai Kokurikulum.
Gambar komander baru (Batch 19) di dalam AGM
Setelah selesai ucapan perasmian tersebut, para tetamu disajikan dengan tayangan video aktiviti komander sepanjang semester lepas dan seterusnya barisan majlis tertinggi JPKK mengiring tetamu-tetamu VIP untuk berpindah majlis bagi menikmati jamuan ringan yang disediakan. Majlis masih belum berakhir, majlis diikuti dengan pembacaan laporan semester lepas dari setiap biro JPKK. 
Gambar-gambar ketika membaca laporan semester lepas
Gambar jamuan ringan untuk semua komander
Menu malam ini...
Majlis berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 11 malam atas kerjasama yang komited dan bersungguh-sungguh oleh para komander. setinggi-tingi ucapan tahniah pada barisan JPKK kerana berjaya menganjurkan majlis dengan jayanya.

"Once A Commander, Always a Commander"

sedia berkhidmat,
KM Fatimah (17)

No comments:

Post a Comment