MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, May 28, 2016

ORIENTEERING KEMBARA SEMESTER 3 UiTM JOHOR SESI DISEMBER 2015 - APRIL 2016

             Pada semester ini, iaitu pada tarikh 11 Mac 2016, Pertandingan Orienteering Kokurikulum Kesatria Kembara Semester 3 telah diadakan di dalam UiTM Segamat selama sehari. Pertandingan ini telah disertai oleh 130 orang pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara Semester 3. Program ini diiringi oleh Pegawai Pengiring iaitu Lt.(K) Muhammad Fairus Bin Abd Shukur dan juga tiga orang Jurulatih Sambilan Kesatria Kembara iaitu Encik Ishak Bin Abu Hassan, Encik Amyrull Bin Ishak, dan Encik Ruzaimy Bin Mohd Shariff. Selain itu, turut diiringi oleh 17 orang Komander Kesatria Kembara.

Orienteering Kembara ini bertujuan untuk:

1. Menjadikan Pelajar-Pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara lebih berfikiran matang dalam                 membuat sesuatu keputusan dalam keadaan darurat dengan bijak.
2. Memberikan pelajar Kesatria Kembara semester 3 merasai pengalaman melakukan aktiviti                   orienteering terbuka di persekitaran UiTM Segamat.
3. Menjadikan pelajar-pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara lebih berdisiplin dan memupuk nilai         jati diri di dalam diri masing-masing.

Aturcara:

0745  : Pelajar berkumpul di padang kawad
0800  : Pendaftaran
0815  : Senaman dan aerobik
0850  : Sarapan pagi
0900  : Pertandingan Orienteering bermula
1030  : Pertandingan Orienteering tamat
1100  : Majlis penutupan
1130  : Penyampaian hadiah
1200  : Makan Tengahari
1230  : Bersurai




                                                              Pendaftaran para pelajar


                                                                    Senaman pagi


                                                                      Sesi taklimat


                                                          Aktiviti orienteering bermula


                                                                   Penyampaian hadiah


Keputusannya, tempat pertama bagi Pertandingan Orienteering Kesatria Kembara Semester 3 dimenangi oleh Kumpulan L yang dianggotai seramai dua orang iaitu Nizmayuda Firdaus Bin Yuda Sudirman dan Nur Natasya Nadhirah Binti Baharin. Tempat kedua pula dimenangi oleh Kumpulan P iaitu Nurhidayu Binti Abdul Rahman dan Nur Syuhada Binti Rosli. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan I yang dianggotai oleh Muhammad Shafiq Bin Yusoff dan pasangannya Siti Noraishah Binti Mohd Rosy.



Pertandingan Orienteering Kesatria Kembara Semester 3 merupakan satu program yang telah banyak mendidik pelajar-pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara untuk berfikiran matang, berdisiplin, berani menghadapi cabaran, tidak mudah menyerah kalah, dan sentiasa berkerjasama dalam satu pasukan di samping menguatkan lagi mental dan fizikal mereka. Tambahan pula, program ini juga memberi pengalaman, input dan pengajaran kepada pelajar Kokurikulum Kesatria Kembara.


Sepanjang menjalani aktiviti orienteering ini, para pelajar berpeluang untuk menilai tahap pengetahuan masing-masing di dalam penggunaan kompas dan peta. Kebanyakan pelajar-pelajar jarang mendapat pengetahuan yang meluas tentang aktiviti sebegini. Mereka hanya tahu bagaimana aktiviti itu dijalankan tetapi tidak tahu bagaimana alat-alatan itu boleh digunakan.



No comments:

Post a Comment