MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, May 30, 2016

MAJLIS MAKAN MALAM "PEMANTAPAN INSANIAH" KOMPENI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SESI DISEMBER 2015-APRIL 2016

Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan salah satu kokurikulum yang terdapat di UiTM Cawangan Johor. Kompeni ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk melatih para pelajar mengenai kemahiran pertolongan cemas yang dipelajari oleh para pelajar kokurikulum Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan Johor.

Selain itu, objektif Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah ditubuhkan adalah untuk melahirkan para pelajar yang mampu mempraktikkan kemahiran pertolongan cemas yang betul dan tepat dalam kehidupan.

Justeru itu, Majlis Makan Malam “Pemantapan Insaniah” ini dijalankan dan disertai oleh para pelajar kokuriklum Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan Johor. Program ini dianjurkan oleh Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan Johor sendiri bagi memberi penghargaan kepada para pelajar kokurikulum Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan Johor.

Program ini mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara para pelajar, komander-komander dan juga para jurulatih serta penasihat Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan Johor. Dengan terlaksananya program ini, diharap dapat membantu serba sedikit bagi para pelajar kokurikulum Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan Johor dari segi rohani dan jasmani.

                                                              Majlis Makan Malam

Para peserta mula berkumpul di perkarangan Perpustakaan Tun Dr Ismail pada pukul 8.00 malam. Ketua projek iaitu KRK Nur Atiqah Binti Mohd Amin memberikan sedikit taklimat mengenai majlis makan malam yang akan diadakan. Pada pukul 8.45 malam, semua para tetamu jemputan telah tiba. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu rasmi dan persembahan pembukaan dari komander Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Johor.  Majlis makan malam diteruskan dengan menjamu selera dan beberapa orang pelajar kor kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah membuat persembahan bersama komander Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kepada para peserta Perkad semester lepas dan penyampaian cenderahati kepada VIP. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu UiTM Di Hatiku dan bersurai pada
pukul 11.00 malam.

                                                      Para pelajar menikmati hidangan

                                                               Penyampaian hadiah

                                                                 Persembahan nyanyian



Sepanjang Majlis Makan Malam “Pemantapan Insaniah” ini dijalankan, program ini tidak menghadapi sebarang masalah. Program ini dijalankan mengikut masa yang ditetapkan dalam atur cara program dan masa digunakan dengan begitu cekap sekali. Kehadiran jurulatih untuk membantu dalam mengurus program ini juga amat memberangsangkan dan tepat pada masanya.

Keseluruhan daripada program ini, para pelajar memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dan tiada masalah yang dilakukan oleh mereka. Para pelajar memberi komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang majlis makan malam ini berlangsung.

Keseluruhan majlis berjalan lancar dan memudahkan urusan para komander yang juga merangkap sebagai fasilitor yang menjalankan tugas. Mengikut soal selidik yang dijalankan semuanya sangat memuaskan dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak kiralah dari segi apa sekali pun. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment