MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, May 30, 2016

MAJLIS PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SESI DISEMBER 2015-APRIL 2016

Pada Majlis Perjumpaan Dwi-tahunan kali ini  telah dikelolakan oleh  KRM Nur Nadia Binti Rosli sebagai pengerusi majlis. Ucapan ribuan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada penyelaras kokurikulum, wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK), Ketua Kompeni PBSM, wakil Majlis Tertinggi JPKK, mantan-mantan komander, komander-komander PBSM serta pelajar kokurikulum Kompeni PBSM semester 1, 2 dan 3 kerana sudi menghadiri Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni PBSM sesi Disember 2015– April 2016.

                                                 Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah

Bagi menambah keberkatan majlis tersebut, saudara Muhammad Izzudin Bin Helmi Chin telah mengetuai bacaan Asmaul Husna dan bacaan doa.

Leftenan Kesatria Mohd Juakhir bin Mohd Hassan  selaku penyelaras kokurikulum PBSM telah menyampaikan ucapan kepada para pelajar semester 1, 2 dan 3 mengenai
kehadiran kokurikulum dan menasihatkan agar semua pelajar dapat menghadiri kelas kokurikulum. Beliau turut mengatakan bahawasanya pencapaian akademik yang gemilang
serta penglibatan kokurikulum yang aktif perlulah disertakan dengan sahsiah yang mulia agar harapan melahirkan pelajar yang berintegriti tercapai dan terlaksana.
Tambah beliau lagi, tanggungjawab sebagai seorang insan perlulah diselaraskan dengan amanah sebagai seorang hamba kepada pencipta dengan menunaikan hak-Nya dan
meninggalkan larangan-Nya. Di samping itu, Beliau juga menceritakan tentang kehebatan keluarga Jengking dan penglibatan para pelajar  menyertai Komander Kesatria
amatlah dialu-alukan dan digalakkan .Sebelum menghabiskan ucapan, beliau sempat memberikan amanat dengan berpesan supaya para pelajar terus berjuang dan bekerja
keras dalam menuntut ilmu kerana sesungguhnya “ilmu itu pelita hidup” , maka tanpa ilmu kita akan menjadi ibarat tin kosong yang tidak dapat memberi manfaat kepada
agama, bangsa, dan Negara.


                                  Ucapan Leftenan Kesatria Mohd Juakhir bin Mohd Hassan

Ketua Kompeni PBSM KM Noorafiqah Binti Rizuan telah menyampaikan kata alu-aluan kepada para hadirin yang telah menghadiri Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni
Persatuan Bulan Sabit Merah. Beliau telah menerangkan serba sedikit tentang Kompeni PBSM dan pencapaian kompeni dalam pertandingan Perkad semester lepas kepada
pelajar kokurikulum sebagai makluman bagi pelajar yang baru memasuki Kompeni PBSM. Beliau juga memberitahu kepada pelajar kokurikulum tentang aktiviti yang akan
dijalankan pada sesi Dis 2015- April 2016. Seterusnya, beliau merasmikan pembubaran ahli jawatankuasa Kompeni PBSM sesi Jun - Oktober 2015 dan seterusnya melantik
ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni PBSM sesi Disember 2015 - April 2016. Berikut merupakan Ahli Jawatankuasa Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah yang baru yang
telah dipersetujui.

                                                   Ucapan KM Noorafiqah Binti Rizuan

KMdy Farah Nadhirah Binti Sulaiman, Ejutan 2 semester ini mengucapkan selamat datang kepada pelajar semester satu yang baru sahaja menjejakkan kaki ke menara
gading serta kehadiran pelajar semester 2 dan pelajar semester 3. Beliau turut menyuntik semangat semua pelajar semester satu hingga tiga yang hadir supaya
membulatkan tekad serta azam mendepani semester ini. Di samping itu, beliau juga menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti yang  telah berlangsung
baru-baru ini seperti kejayaan Komander Kesatria UiTM cawangan Johor, kampus Segamat dalam meraih pingat di dalam acara tahunan komander kesatria iaitu Pertandingan
Jambori di Dungun, Terengganu pada bulan November yang lalu. KMdy Farah Nadhirah juga telah berkongsi pencapaian kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan
Johor yang telah meraih gelaran juara dalam Pertandingan Perkad pada semester lepas. Seterusnya, beliau turut memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Komander Kesatria
Batalion ke-VI sesi Disember 2015 - April 2016.

                                            Ucapan KMdy Farah Nadhirah Binti Sulaiman

Para tetamu didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang semester lepas dengan persembahan multimedia yang telah disediakan oleh Ahli
Jawatankuasa Biro Multimedia.. Selain itu, para hadirin menyanyikan lagu UiTM Di Hatiku dan  seterusnya para tetamu jemputan dipersilakan untuk berpindah majlis
bagi menikmati hidangan yang telah disediakan.

Pengerusi Majlis iaitu KRM Nur Nadia Binti Rosli berharap agar segala amanat dan ilmu berguna yang telah disuntik dapat diaplikasikan dan digunakan sebaik mungkin
serta menjadi  pembakar semangat untuk terus berjuang menaikkan nama Kompeni PBSM, UiTM CAWANGAN Johor, Kampus Segamat pada semester ini lebih setapak lagi.
Pengerusi majlis telah mengakhiri Perjumpaan Dwi-tahunan pada kali ini dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.

No comments:

Post a Comment