MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, January 02, 2016

MAJLIS PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI JABATAN PERTAHANAN AWAM SESI DISEMBER 2015 – APRIL 2016


Majlis ini telah diadakan pada 17 Disember 2015 bersamaan hari Khamis di Dewan Kuliah 2. Majlis berlangsung pada pukul 8.00 malam.Seramai 11 Komander Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,seorang tetamu VIP,9  tetamu jemputan, 136 pelajar Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah hadir bagi menjayakan majlis. 

Pendaftaran Pelajar

Majlis dimulakan dengan pendaftaran pelajar Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan diteruskan lagi dengan ketibaan VIP,mantan Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis iaitu KRM Khairunnisa' Binti Norizam. Ucapan ribuan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada penyelaras kompeni JPAM, Ketua Kompeni JPAM, wakil barisan Top 10, mantan-mantan komander, komander-komander JPAM serta pelajar kokurikulum Kompeni JPAM semester 1, 2 dan 3 kerana sudi menghadiri Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni JPAM sesi Disember 2015– April 2016.

Ketibaan VIP 

Para mantan komander JPAM yang hadir

Mantan Komander dan Wakil top 10
Saudari Pengerusi Majlis
Bagi menambah keberkatan majlis tersebut, saudara KRM Saifuddin Bin Abd Wahab telah mengetuai bacaan Asmaul Husna dan bacaan doa. 

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Left. (K) Mohd Juakhir bin Mohd Hassan  selaku penyelaras kokurikulum JPAM telah berucap kepada pelajar  semester 1, 2 dan 3 agar mereka dapat mematuhi segala arahan yang diberikan oleh jurulatih serta memberikan kerjasama kepada komander. Beliau turut mengatakan bahawasanya pencapaian akademik yang gemilang serta penglibatan kokurikulum yang aktif perlulah disertakan dengan sahsiah yang mulia agar harapan melahirkan pelajar yang berintegriti tercapai dan terlaksana. Tambah beliau lagi, tanggungjawab sebagai seorang insan perlulah diselaraskan dengan amanah sebagai seorang hamba kepada pencipta dengan menunaikan hak-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.  

Ketua Kompeni JPAM bersama Left. (K) Mohd Juakhir bin Hassan dan Wakil Top 10

Ucapan Left. (K) Mohd Juakhir bin Hassan
Di samping itu, Beliau juga menceritakan tentang kehebatan keluarga Jengking dan penglibatan para pelajar  menyertai Komander Kesatria amatlah dialu-alukan dan digalakkan. Sebelum menghabiskan ucapan, beliau sempat memberikan amanat dengan berpesan supaya para pelajar terus berjuang dan bekerja keras dalam menuntut ilmu kerana sesungguhnya “ilmu itu pelita hidup”, maka tanpa ilmu kita ibarat tin kosong yang tidak dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa, dan negara. 

Seterusnya, ucapan daripada Ketua Kompeni JPAM KM Masita binti Hasim menyampaikan kata alu-aluan kepada hadirin yang telah menghadiri Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Jabatan Pertahanan Awam. Beliau telah menerangkan serba sedikit tentang kompeni JPAM dan pencapaian kompeni dalam pertandingan Perkad semester lepas kepada pelajar kokurikulum sebagai makluman bagi pelajar yang baru memasuki kompeni JPAM. Beliau juga memberitahu kepada pelajar kokurikulum tentang aktiviti yang akan dijalankan pada sesi Dis 2015- April 2016. 

Ucapan Ketua Kompeni JPAM, KM Masita binti Hasim
 Seterusnya, beliau merasmikan pembubaran ahli jawatankuasa Kompeni JPAM sesi Jun-Oktober 2015 dan seterusnya melantik ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni JPAM sesi Disember 2015-April 2016. Berikut merupakan Ahli Jawatankuasa Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang baru yang telah dipersetujui. 

Carta Organisasi Kompeni Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Sesi Disember 2015-April 2016
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil barisan Top 10, KMdy Haifaa Syafiqah Binti Azmi, Pegawai Operasi Biro semester ini mengucapkan selamat datang kepada pelajar semester satu yang baru sahaja menjejakkan kaki ke menara gading. Beliau turut menyuntik semangat semua pelajar semester satu hingga tiga yang hadir supaya membulatkan tekad serta azam mengharungi semester ini.

Ucapan Wakil Top 10, KMdy Haifaa Syafiqah Binti Azmi

Di samping itu, beliau juga menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung baru-baru ini seperti kejayaan Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor, kampus Segamat dalam meraih pingat perak di dalam acara tahunan komander kesatria iaitu Jambori Tahunan Komander UiTM di Dungun, Terengganu pada bulan November yang lalu. 

KMdy Haifaa Syafiqah binti Azmi juga telah berkongsi pencapaian kompeni Jabatan Pertahanan Awam UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat dalam Pertandingan Perkad pada semester lepas. Seterusnya, beliau turut memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Komander Kesatria Batalion ke-VI sesi Disember 2015 - April 2016. 

Majlis ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu VIP yang hadir pada hari tersebut.

Penyampai Cenderahati daripada Kompeni JPAM
kepada Left. (K) Mohd Juakhir bin Hassan
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment