MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Thursday, December 24, 2015

Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Kesatria Kembara sesi Disember 2015 - April 2016

Pada 17 Disember 2015 yang lalu telah berlangsungnya Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Kesatria Kembara sesi Disember 2015 - April 2016 bertempat di Dewan Kuliah 1. Pada perjumpaan kali ini, KRM Nur'Aliah Nazihah binti Maznan bertindak sebagai pengerusi majlis. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan diucapkan kepada Lt. Kol. (K) Syazali Effendi bin A.Wahab selaku Ketua Pegawai Kehormat, Left. (K) Muhammad Fairus bin Abdul Shukor selaku Penasihat dan Penyelaras Kompeni Kesatria Kembara, Lt. M (K) Ahmad Narawie bin Ibrahim selaku wakil Top 10, KM Nur Azwaa Fazila binti Yahya selaku Ketua Kompeni Kesatria Kembara, Barisan Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI, mantan-mantan komander kompeni kesatria kembara, komander-komander kesatria UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat serta para pelajar kokurikulum diatas kesudian menghadiri Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Kesatria Kembara bagi sesi Disember 2015- April 2016.

Para pelajar Kesatria Kembara semester 1 ,2 & 3 yang hadir
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Nabil Syazwan bin Epri bagi memberkati lagi majlis yang berprestij ini. 

Ucapan telah disampaikan oleh Left. (K) Muhammad Fairus bin Abdul Shukor selaku Penasihat dan Penyelaras Kompeni Kesatria Kembara sesi Disember 2015- April 2016. Beliau mengucapkan tahniah diatas pencapaian Kompeni Kesatria Kembara yang dapat mengekalkan kejuaraan dalam acara rempuh halangan dengan catatan masa yang terpantas dan juga memenangi tempat kedua bagi acara simulasi CPR semasa PERKAD 2015. Kompeni Kesatria Kembara juga telah berjaya mengekalkan kejayaan sebagai Naib Johan bagi keseluruhan acara PERKAD 2015. Tambah lagi, beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas penglibatan pelajar-pelajar kokurikulum dan para komander di atas kerjasama yang telah diberikan.

Ucapan Penyelaras Kompeni Kesatria Kembara, Left. (K) Muhammad Fairus bin Abdul Shukor
Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan Ketua Kompeni Kesatria Kembara, KM Nur Azwaa Fazila binti Yahya. Dalam ucapan ini, beliau telah memberitahu bahawa pelbagai aktiviti yang telah dirancang untuk semester ini, antaranya bagi pelajar kokurikulum semester 3 Pertandingan Orienteering Kembara akan diadakan di dalam kampus sahaja pada 19 Februari 2016. Manakala bagi pelajar semester 2 pula, aktiviti yang akan dijalankan adalah perkhemahan yang akan diadakan pada 15 dan 16 Januari 2016 di Pusat Besar dan Pusat Latihan Ayer Keroh, Melaka. Selain itu, bagi pelajar kokurikulum semester 1, aktiviti yang akan diadakan adalah induksi yang wajib disertai oleh semua pelajar semester 1. Oleh itu, tumpuan yang terus lagi berkesan serta kesungguhan dan kerjasama adalah faktor yang penting ke arah kejayaan. Seterusnya, beliau membubarkan ahli Jawatankuasa yang lama sekaligus memperkenalkan ahli Jawatankuasa Kompeni Kasatria Kembara sesi Disember 2015- April 2016.

Ucapan ketua kompeni Kesatria Kembara, KM Nur Azwaa Fazila binti Yahya

Lt. M (K) Ahmad Narawie bin Ibrahim memberikan sedikit ucapan selaku wakil Top10, mengucapkan tahniah diatas komitmen yang diberikan oleh komander-komander kesatria selama ini. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas perlantikan KM Nur Azwaa Fazila binti Yahya selaku Ketua Kompeni Kesatria Kembara yang baru. Beliau berharap agar KM Nur Azwaa Fazila binti Yahya dapat memberi komitmen yang baik sekaligus menaikkan nama kompeni. Seterusnya, beliau memperkenalkan ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batolion VI bagi sesi Disember 2015- April 2016.

Ucapan Wakil barisan top 10, Lt. M (K) Ahmad Narawie bin Ibrahim

Seterusnya, para pelajar didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Kompeni Kesatria Kembara dengan persembahan multimedia yang disediakan.Seterusnya, para tetamu jemputan berpindah majlis untuk menjamu hidangan yang telah disediakan.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment