MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, August 16, 2013

Taklimat PERKAD,Cabaran Orienteering Dan Merempuh Halangan Terbuka UiTM Johor Bersama Pegawai Kokurikulum

Pada 14 Ogos 2013 (Rabu), satu taklimat tentang PERKAD, Cabaran Orienteering Dan Merempuh Halangan Terbuka UiTM Johor bersama pegawai kokurikulum berlangsung di Dewan Kuliah Satu pada jam 4.30 petang. Taklimat ini disertai oleh pegawai kokurikulum, Mejar (Kest) Ujud Bin Pabil, Kapt (Kest) Norsyidah Binti Mahmat Sani, Lt (Kest) Jamil Bin Sulong, barisan Top 10, dan barisan Komander Kesatria UiTM Johor.

Taklimat ini dimulakan dengan ucapan daripada pengerusi majlis iaitu KRM Nurul Izzati Binti Ismail dan seterusnya bacaan doa daripada KRM Muhammad Hizamuddin Bin Muzakkir.Pegawai Kokurikulum juga turut memberikan ucapan dan ucapan terima kasih atas sokongan dan komitmen yang diberikan oleh para komander.

Majlis diteruskan dengan pembentangan daripada wakil setiap biro acara:


  • Biro Prolog            : KRK Suhana Binti Sukri
  • Biro Rempuh          : KRK Muhamad Azfar Bin Muhamad Rohani
  • Biro ResQ              : KRK Nazatul Hazwani Binti Mohd Zal
  • Biro Kawad           : KRM Syafiqah Syuhada Binti Siabu
  • Biro Orienteering    : KRM Muhammad Syukri Bin Saari

Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment