MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, August 18, 2013

Aktiviti Pembersihan Kawasan Rempuh Halangan

Pada 16 Ogos 2013 (Jumaat), aktiviti pembersihan kawasan rempuh halangan telah dijalankan sebagai persediaan untuk PERKAD, Orieteering dan Merempuh Halangan terbuka UiTM Johor.Semua komander terlibat dalam aktiviti ini dan dipantau sendiri oleh Pegawai Kokurikulum iaitu Mejar (Kest) Ujud Bin Pabil.

Aktiviti bermula pada jam 3 petang. Aktiviti pembersihan bermula dikawasan Vault, Gate Vault, Wall 7' 8' 9', Water Ditch, Wall 5' 6' 7', Balance, Dry Ditch, Ramp, Traverse, Swinging Bridge, Tunnel, Swinging Over Ditch, dan Wire Granting. Aktiviti berakhir kira-kira jam 5.30 petang.





Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment