MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, August 23, 2013

Induksi Selangkah Menjadi Juara (Kompeni Badan Pertolongan Cemas)

Pada 17-18 Ogos yang lalu, Kompeni Badan Pertolongan Cemas telah mengadakan program bersama pelajar Kokurikulum semester 1 iaitu Induksi Selangkah Menjadi Juara.



Program ini bermula pada hari Sabtu (17 Ogos 2013) jam 7.30 pagi iaitu sesi pendaftaran pelajar kokurikulum semester 1 di padang kawad. Pada jam 8.00 pagi, program ini diteruskan lagi dengan aktiviti senaman pagi. Selesai senaman pagi, para pelajar bersarapan bersama-sama. Pada jam 9.30 pagi, program diteruskan dengan Ice Breaking. Selepas itu, pada jam 10.00 pagi ceramah CPR sehingga jam 12.00 tengah hari untuk memberi laluan kepada pelajar kokurikulum makan tengah hari dan solat Zohor. Pada jam 2.30 petang, ceramah kawad usungan telah diadakan bagi memantapkan lagi pengetahuan pelajar kokurikulum tentang cara kawad usungan. Ceramah berakhir pada jam 4.30 petang untuk memberi laluan kepada pelajar kokurikulum menunaikan solat asar.Program disambung pada jam 5.30 petang iaitu Family day (sukaneka). Program itu berlangsung dengan suasana yang meriah. Pada jam 6.30 petang, pelajar kokurikulum makan malam dan solat maghrib.Pada jam 8.00 malam, program diteruskan lagi dengan ceramah balutan dan program berakhir pada jam 10.00malam. Sebelum pelajar kokurikulum bersurai, pelajar kokurikulum diberi minum malam.








Program diteruskan lagi pada hari Ahad (18 Oagos 2013) pada jam 8.00 pagi dengan aktiviti senaman pagi. Pada jam 8.30 pagi, pelajar kokurikulum bersarapan bersama-sama di padang kawad. Program diteruskan lagi pada jam 9.00 pagi dengan Latihan PERKAD. Latihan ini bertujuan untuk memantapkan lagi acara-acara yang bakal disertai oleh Kompeni Badan Pertolongan Cemas.Tibalah acara penutupan pada jam 12.00 tengah hari dan program Induksi Selangkah Menjadi Juara tamat pada jam 1.00 petang.





Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment