Sunday, January 16, 2011

Latar Belakang Unit Kesatria

Sejarah Penubuhan



Peristiwa dua demonstrasi pelajar-pelajar institut pengajian tinggi termasuk ITM (UiTM) pada akhir tahun 1975 dan awal tahun 1976 adalah merupakan titik permulaan penubuhan Unit Kesatria kerana peristiwa itu, lebih kurang 200 pelajar telah disingkirkan dari ITM (UiTM).


Pihak Majlis ITM (UiTM) memandang serius tentang perkara itu. Demonstrasi itu adalah menunjukan keperluan meningkatkan disiplin dikalangan pelajar ITM (UiTM). Menyedari hakikat ini, satu kertas kerja untuk menubuhkan Unit Kesatria telah disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan dikemukakan ke Majlis ITM (UiTM). Kertas kerja itu telah diluluskan.


Pada bulan Jun 1976, wujudlah Unit Kesatria ini dan berikutnya di kampus-kampus cawangan. Oleh kerana penubuhanya secara tergesa-gesa, maka wujudlah berlaku tanpa penjawatan. Pengurusan logistik, pentadbiran, dan latihan diserahkan kepada warden-warden secara sambilan, kakitangan pejabat dipinjam dari Bahagian HEP, jurulatih-jurulatihnya dipinjam dari Unit Keselamatan dan juga dewan makan. Pada tahun 1982, barulah diwujudkan perjawatan Unit Kesatria di Shah Alam dan kemudiannya di kampus cawangan.


Pada peringkat awalnya, latihan Kesatria ini adalah secara sukarela sahaja. Bilangan pelajar yang melibatkan diri adalah terlalu kecil. keadaan ini tidak mematuhi objektif penubuhannya. Oleh itu pada tahun 1978, latihan Kesatria dan juga aktiviti-aktiviti yang lain dijadikan ko-kurikulum. Semua pelajar baru adalah diwajibkan mengikuti salah satu ko-kurikulum untuk selama 2,3 atau 4 semester mengikut keperluan kajian masing-masing. mereka diwajibkan lulus sebelum menamatkan pengajian. Jika gagal, Diploma mereka tidak akan dikeluarkan oleh Majlis ITM (UiTM).


Unit Kesatria ditadbir oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP). Diketuai oleh ketua unit ko-kurikulum dan dibantu oleh tiga pegawai iaitu pentadbiran, logistik dan latihan. Kini, Ko-kurikulum adalah diwajibkan kepada pelajar semester 1 sehingga semester 3 dan diperuntukkan sebanyak 1 jam kredit. Ko-kurikulum di UiTM Johor terbahagi kepada 6 unit utama iaitu:


  • Kesatria Negara ( Kompeni: Alpha, Bravo, Charlie, Delta, Echo)
  • Bomba dan penyelamat
  • Brass Band
  • Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
  • Badan Pertolongan Cemas (BPC)
  • Kembara
Sekian, wasalam.

"Berilmu & Berdisiplin"


Sedia berkhidmat,
KM Fatimah (17)

*Sebahagian kandungan dipetik daripada "Buku Latihan Kawad UiTM Johor"

No comments:

Post a Comment