MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, September 27, 2024

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN YANG KE-67

Pada 31 Ogos 2024 bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah menyertai Majlis Perbarisan, Perarakan Dan Perhimpunan Hari Kebangsaan Kali Ke-67 Peringkat Negeri Johor Tahun 2024 bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67. Sambutan ini bertempat di Dataran Segamat.


UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah menghantar satu kontinjen yang terdiri daripada 33 orang anggota Komander Kesatria bagi pertandingan perbarisan dibawah kategori Badan Berkanun. Latihan kawad merdeka telah diadakan selama empat hari bermula daripada 27 Ogos 2024 bersamaan dengan hari Selasa di UiTM Segamat, Johor.

 

Perbarisan ini telah diketuai oleh Komander Kanan Naqib Hilman Bin Yazid. Selain itu, perbarisan ini juga turut disertai oleh Pegawai Operasi Kompeni iaitu Komander Madya Mohamad Danish Akmal Bin Mohammad Zaidi sebagai pembawa bendera dan Pegawai Operasi Biro iaitu Komander Madya Nur Hazwani Binti Russidi sebagai pembawa sepanduk.



A group of people marching in a parade

Description automatically generated

Selain itu, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat juga telah menghantar satu kontinjen yang terdiri daripada 70 orang anggota Komander Kesatria bagi perbarisan pembawa bendera negeri Johor. Perbarisan pembawa bendera ini telah diketuai oleh oleh Lt. Nor Bazran Bin Baharum (KEST).


A group of soldiers holding flags

Description automatically generated


A group of people in uniform holding flags

Description automatically generated

Di samping itu, Sambutan Hari Kebangsaan turut disertai oleh pasukan Brass Band. Para peserta, bertolak seawal jam 4.45 pagi dan menunaikan solat Subuh di Masjid India sebelum berkumpul dan berarak ke pentas utama di Dataran Segamat.



Kehadiran dan semangat yang ditunjukkan oleh semua anggota Komander Kesatria yang menyertai perbarisan kawad kaki, serta mereka yang membawa bendera Johor, telah menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan memperkukuhkan rasa cinta kepada negara serta negeri Johor. Marilah kita bersama-sama meraikan hari penuh bermakna ini sebagai lambang cinta kepada negara dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negeri Johor tercinta.

No comments:

Post a Comment