MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, June 10, 2018

      Pada 7 Jun 2018 bersamaan dengan hari Khamis yang lepas telah diadakan Lailatul Mubarakah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI dan Kompeni Alpha Bravo Charlie Delta Kesatria Negara yang bertempat di Pusat Islam, Masjid As-Syakirin pada jam 6.00 petang.


   Sesi pendaftaran para pelajar kor.

      Majlis Lailatul Mubarakah ini disertai oleh pelajar kokurikulum Kesatria Negara. Majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar kokurikulum dengan Komander Kesatria Batalion VI dan Kompeni Alpha Bravo Charlie Delta Kesatria Negara.

      Pada majlis Lailatul Mubarakah, KRM Mohd Mahathir Bin Suhaili dan KRM Nur Syazwana Binti Shamri Efendi telah diberi tanggungjawab untuk menjadi pengerusi majlis. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan telah diberikan kepada Ketua Pegawai Kehormat Kesatria LT. KOL. (K) Syazali Effendi Bin A.Wahad (KEST), Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI LT. KOL. Ujud Bin Pabil (KEST), Pembantu Kokurikulum LT. Muhizan Bin Miskam (KEST), Penasihat Kompeni Alpha Kesatria Negara KAPTEN (K) Wan Muhd Faez Bin Wan Ibrahim (KEST), Pegawai Memerintah Jawantankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI, Barisan Pegawai Kehormat Kesatria, Barisan Staf Unit Kokurikulum, Barisan Komander Kehormat, Barisan Jurulatih, Barisan Kepimpinan dan Majlis Tertinggi Jawantankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI, Barisan Komander serta Pelajar Kokurikulum Kesatria Negara.





     Para tetamu mendengar ucapan yang disampaikan.


      Majlis menjemput Pegawai Memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI iaitu KK Ahmad Nabil Bin Hafizan (KEST) untuk memberikan ucapan. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir. Beliau mengharapkan pada kita semua agar kita sama sama menyatakan sebab beliau meminta komander siswa untuk berpakaian baju melayu lengkap adalah kerana bagi menaikkan aura menyambut lebaran.


                                          KK Ahmad Nabil menyampaikan ucapan beliau.

      Majlis menjemput  Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI LT. KOL. Ujud Bin Pabil (KEST).

     Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan kepada seorang komander kesatria yang telah kehialangan bapanya pada hari Ahad yang lepas iaitu bapa kepada KRK Dayang Amira Binti Razali.


    LT. KOL. Ujud Bin Pabil (KEST) menyampaikan sumbangan kepada KRK Dayang Amira Binti Razali.

         Bagi memberkati majlis, majlis menjemput KRM Saad Bin Abdul Samad bagi mengetuai bacaan doa.

         Pada tarikh majlis Lailatul Mubarakah berlangsung, ia juga merupakan hari lahir kepada Penasihat Kompeni Kembara Kesatria Negara KAPTEN (K) Irwan Bin Ismail.

         Majlis diteruskan lagi dengan persiapan berbuka puasa, para tetamu berpindah majlis ke bawah Blok Nilam. Selepas berbuka puasa, majlis diteruskan lagi dengan solat maghrib, solat hajat , bacaan yaasin solat isyak serta terawih secara berjemaah di Masjid As-Syakirin.







                Para tetamu menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan.


Para tetamu membaca yassin.

        Selepas selesai menunaikan solat terawih berjemaah, majlis menjemput para tetamu untuk menjamu hidangan moreh yang telah disediakan.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI LT. KOL. Ujud Bin Pabil (KEST) yang disampaikan oleh Ketua Program Majlis Lailatul Mubarakah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI dan Kompeni Alpha Bravo Charlie Delta Kesatria Negara. Majlis juga menjemput Ketua Kompeni Delta Kesatria Negara KM Nur Ariesa Syuhadah Binti Ahmad Atan untuk menyampaikan cenderahati kepada selaku Penasihat Kompeni Delta Kesatria Negara LT. KOL. (K) Syazali Effendi Bin A.Wahad (KEST). Majlis turut menjemput KAPTEN (KEST) Wan Muhammad Faez Bin Wan Ibrahim untuk menerima cenderahati daripada Ketua Kompeni Alpha Kesatria Negara KM Siti Nursharmila Binti Mohd Sahrudin.



               KM Nur Ariesa Syuhadah Binti Ahmad Atan menyampaikan cenderahati kepada LT. KOL. (K) Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST).


Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati , maka berakhirlah Majlis Lailatul Mubarakah Komander Kesatria Batalion VI dan Kompeni Alpha Bravo Charlie dan Delta Kesatri Negara.

SESI FOTOGRAFI
Sesi fotografi Hari Raya AidilFitri bersama tetamu jemputan.


Sekian, Terima Kasih.


         

No comments:

Post a Comment