MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, April 27, 2018

Pertandingan Kompeni Kokurikulum (PERKOM KO) 2018

         Pada 27 April 2018 (Jumaat) yang lalu, Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Segamat telah menganjurkan Pertandingan Kompeni Kokurikulum (PERKOM KO) 2018 yang disertai oleh pelajar kokurikulum semester 1. Objektif PERKOM KO ini diadakan adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai daya tahan yang tinggi dari aspek fizikal mahupun mental, berdisiplin serta mempunyai semangat berdaya saing antara satu sama lain. Selain itu juga, objektif PERKOM KO 2018 adalah untuk menyemai semangat perpaduan dan silaturahim antara peserta dalam menghasilkan mahasiswa yang harmoni dan proaktif.


         Antara pertandingan yang dipertandingkan ialah Pertandingan Kawad Perbarisan, Pertandingan Mini Marathon dan Pertandingan Sorakan Kreatif. Terdapat empat pasukan yang terdiri daripada gabungan kompeni yang menyertai PERKOM KO 2018. Pasukan pertama iaitu Pasukan Draion, gabungan daripada Kompeni Alpha Kesatria Negara dan Kompeni Charlie Kesatria Negara, kedua, Pasukan Delvo, gabungan daripada Kompeni Bravo Kesatria Negara dan Kompeni Delta Kesatria Negara. Pasukan ketiga ialah pasukan Panthers, iaitu gabungan daripada Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Kompeni Kembara Kesatria Negara dan kumpulan yang keempat, Kumpulan Wakanda, gabungan Kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia, Kompeni Brass Band dan Kompeni Siswa Bomba Bantuan.



         PERKOM KO 2018 dimulakan dengan pertandingan perbarisan pada jam 2.30 petang. Pertandingan Kawad Perbarisan telah dimulakan dengan Pasukan Wakanda, Pasukan Draion, Pasukan Panthers dan akhir sekali, Pasukan Delvo. Pertandingan Kawad Pebarisan ini juga turut disertai oleh 3 orang wakil komander dalam setiap pasukan iaitu sebagai Ic Platun, penanda kanan dan penanda kiri.


Perbarisan daripada kumpulan Wakanda.

KRM Muhd Hafizuddin Bin Che Azhar telah mengetuai perbarisan bagi pasukan Draion.


Perbarisan daripada pasukan Panthers.

Pasukan Delvo adalah pasukan yang terakhir bagi pertandingan pernbarisan PERKOM KO 2018.


Berikut adalah keputusan pemenang bagi pertandingan kawad perbarisan PERKOM KO 2018:
Tempat pertama : Pasukan Draion
Tempat kedua    : Pasukan Wakanda
Tempat ketiga    : Pasukan Panthers
Ic Platun Terbaik : KRM Muhammad Syahmi bin Abdul Rahim dari pasukan Wakanda
Pelurus Barisan Terbaik: KRM Muhammad Hafis bin Muhammad daripada pasukan Delvo


          Setelah selesai Pertandingan Kawad Perbarisan, PERKOM KO 2018 diteruskan dengan Pertandingan Mini Marathon yang berlabuh tirai pada 4.15 petang. Setiap pasukan diwakili oleh pelajar kokurikulum dan 2 orang wakil komander bagi setiap pasukan.


Para pelajar berlari dengan bersungguh - sungguh.

Komander yang bertugas di checkpoint memberikan getah kepada para pelajar kor.


       Pemenang keseluruhan pasukan bagi acara Mini Marathon PERKOM KO 2018 disandang oleh Pasukan Delvo. 20 peserta terawal pelajar siswa dan siswi turut diberikan pingat kemenangan.



        Seterusnya, PERKOM KO 2018 dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Sorakan Kreatif pada jam 8.15 malam. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Selain itu juga, pertandingan ini diadakan bagi memupuk keyakinan diri dan sikap tidak berputus asa dalam diri para pelajar serta menerapkan semangat berpasukan antara para pelajar. Pertandingan ini dimulakan dengan Pasukan Delvo, Pasukan Draion, Pasukan Panthers dan Pasukan Wakanda. Para peserta telah membuat persembahan dengan penuh semangat dengan pelbagai idea yang kreatif dan gaya yang menarik.


Pasukan Draion mengambil gambar bersama-sama dengan ahli pasukannya.


Persembahan Sorakan Kreatif daripada Pasukan Wakanda.
   

Persembahan Sorakan Kreatif daripada Pasukan Panthers.


Persembahan Sorakan Kreatif daripada Pasukan Delvo.


KRM Muhammad Syahmi bin Abdul Rahim dari pasukan Wakanda telah dianugerahkan
sebagai IC platun terbaik dalam Pertandingan Kawad Perbarisan Perkom Ko 2018.


Berikut merupakan senarai pemenang bagi Pertandingan Sorakan Kreatif PERKOM KO 2018:
Tempat pertama : Pasukan Wakanda
Tempat Kedua : Pasukan Draion
Tempat Ketiga : Pasukan Panthers

      Selepas tamat Pertandingan Sorakan Kreatif, kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu majlis penutupan PERKOM KO 2018 yang berlangsung pada jam 8.50 malam. Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan kawad kaki daripada Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat dan persembahan daripada pasukan Brass Band.


KMdy Nor Bazran Bin Baharom telah mengetuai persembahan kawad perbarisan daripada Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Segamat


Berikut adalah keputusan keseluruhan bagi setiap pasukan:
1) Pasukan Draion
2) Pasukan Wakanda
3) Pasukan Panthers
4) Pasukan Delvo




Sekian, Terima Kasih

No comments:

Post a Comment