MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, December 12, 2016

Latihan Intensif Bakal Komander Siri 30 Dan Latihan Intensif Brass Band Siri 27

         Pada 24 November 2016 yang lepas telah berlangsungnya Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) Siri 30 dan Latihan Intensif Brass Band (LIBB) Siri 27. Kekuatan anggota seramai 168 orang, yang terdiri daripada 107 orang bakal komander dan 61 orang ahli Brass Band.

       Latihan ini diadakan bertujuan untuk membentuk keperibadian pelajar-pelajar khasnya bagi meningkatkan prestasi dan    keterampilan indvidu yang merangkumi aspek-aspek rupa diri, tatasusila dan kesedaran sivik. Ia juga memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar menimba ilmu serta mempelajari kaedah pembelajaran dan pendidikan luar dalam pelbagai konsep seperti  berpakaian seragam, kerohanian, pembinaan diri dan sukan.

        Latihan intensif ini juga menggabungkan ciri-ciri pembinaan jasmani, emosi, fizikal dan rohani dengan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan yang berteraskan konsep pendidikan dan pembangunan insan yang bersepadu dan menyeluruh.

        Sepanjang latihan ini mereka akan mempelajari pelbagai perkara asas yang bakal digunakan sepanjang menjadi Komander dan ahli Brass Band. 

Para pelajar sedang membuat latihan asas kawad kaki.

Para pelajar sedang mempelajari cara menabik hormat dengan betul.
Para pelajar menjalani latihan kawad tongkat.



             Latihan ini telah tamat pada 3 Disember 2016. Secara rasminya, seramai 107 orang telah berjaya dilantikan sebagai Komander Baru dan diberi pangkat Komander Rendah Muda (KRM) dan seramai 61 orang telah berjaya dilantikan sebagai ahli Kompeni Brass Band .

No comments:

Post a Comment