MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, December 12, 2016

Istiadat Pertauliahan Leftenan Muda Kesatria UiTM Se-Malaysia Siri 12/2016

Pada 24 November 2016 yang lepas, Jambori Komander Kesatria UiTM Siri 12/2016. Program ini berlangsung di UiTM Cawangan Perlis, Kampus Arau selama 8 hari iaitu bermula pada 24 November 2016 sehingga 1 Disember 2016. Sebanyak 17 kontinjen dari UiTM seluruh Malaysia termasuk kontinjen daripada UiTM Sabah dan Sarawak telah menyertai Jambori dan Pentauliahan Komander Kesatria UiTM siri 12/2016. Sebanyak 2 acara yang telah dipertandingkan. Antaranya ialah Kawad Kaki dan Pertandingan Kompang Formasi Berirama bertemakan bebas.

 Pada jam 9 malam, satu taklimat program dan suai kenal telah diadakan di DSS. Pada malam tersebut juga telah diadakan cabutan undi giliran untuk acara-acara yang dipertandingkan. Berikut adalah giliran bagi setiap acara UiTM Johor:-

Kawad Kaki                                                                      :  Giliran ke 2
Pertandingan Kompang Formasi berirama :  Giliran ke 5 

 Pada keesokan harinya, iaitu pada 25 November 2016, pada sebelah petang para peserta telah menjalani raptai perbarisan pantauliahan selepas Solat Zohor. Pada malamnya, diadakan Majlis Makan Malam Pentauliahan dan Perasmian Jambori di Grand Alora Hotel terletak di Alor Setar, Kedah yang diadakan dengan gaya rejimental seperti yang terkenal dengan Komander Johor. Kesemua komander yang akan ditauliahkan telah menghadiri makan malam tersebut.






26 November 2016 tiba dan debaran mula terasa. Acara pertama yang dipertandingkan merupakan acara Pertandingan Kompang Formasi Berirama. Dengan semangat dan latihan yang diberikan oleh Jurulatih Tuan Muhizan, kontijen Johor meraih kemenangan sebagai Johan dalam pertandingan tersebut. Pasukan pertandingan kompang formasi berirama menunjukkan prestasi yang terbaik semasa bertanding dan semangat berpasukan yang tinggi. Persembahan ini memberikan nafas baru kepada Komander UiTM kerana telah bertungkus lumus mejayakan persembahan kampus masing-masing.






 Pada 27 November 2016, aktiviti pandu arah dan khidmat masyarakat telah diadakan bagi memupuk semangat menjadi seorang ketua yang berkaliber dan memantapkan keyakinan diri sebagai seorang komander. Bengkel ini diadakan dari pagi hingga ke petang. Selepas selesai aktiviti tersebut mereka teruskan lagi aktiviti mereka dengan raptai perbarisan pentauliahan.






Pada 28 November 2016, pertandingan kawad kaki telah diadakan seawal 8 pagi. Kontinjen Johor telah meraih tempat ke 4 dalam pertandingan ini. Tetapi kontinjen johor telah mendapat Anugerah IC Platun Terbaik dengan markah penuh. 

 Hari Perbarisan Pentauliahan telah tiba, iaitu pada 1 Disember 2016. Seawal 7.00 pagi para komander yang bakal ditauliahkan Leftenan Muda Kesatria telah berkumpul di Dewan Seri Semarak untuk perbarisan. Pentauliahan ini dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM, Lt. Jen (K) Prof. Emeritus Dato' Dr Hassan Said. Perbarisan telah berjalan dengan baik dan anugerah bagi komander terbaik setiap kampus telah disampaikan. Majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian sijil. Menggunakan method konvokesyen, majlis dijalankan seperti majlis graduasi. Majlis ini dihadiri ibu bapa komander dari setiap kampus bersama keluarga mereka untuk memeriahkan majlis.  Selepas majlis tamat, terdapat kampus yang telah bergerak pulang untuk kembali ke kampus masing-masing.






Syabas diucapkan kepada kejayaan yang diperoleh pada kali ini dan diharap kejayaan ini dilihat sebagai satu perkembangan positif komander dan inspirasi kepada bakal pelapis pemimpin akan datang. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini dengan lancar. Semoga Jengking Johor terus menyengat dan memberikan yang terbaik serta meneruskan legasi mereka. 

"Once a commander, always a commander!"




No comments:

Post a Comment