MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Thursday, November 12, 2015

LATIHAN INTENSIF BAKAL KOMANDER SIRI KE-28 DAN LATIHAN INTENSIF BRASS BAND SIRI KE-25

Wednesday, November 10, 2015

Pada 20 Oktober 2015 (Selasa) sehingga 31 Oktober 2015 (Sabtu) Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria
UiTM Johor telah mengadakan latihan intensif bakal komander (LIBK) siri ke-28 bagi memberi latihan asas kepada pelajar bakal komander sebelum menjadi Komander Kesatria secara rasmi. Sama seperti tahun lepas, peserta LIBK yang seramai 93 orang terdiri daripada peserta dari Kampus Segamat dan juga Kampus Pasir Gudang.

Pendaftaran bermula seawal pukul 9.00 pagi di padang kawad utama UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. Para pelajar siswa telah ditempatkan di Kolej Kediaman A Taming Sari manakala bagi pelajar siswi pula menginap di Kolej Kediaman B Baiduri. Keesokan harinya, pada pukul 9.00 malam para peserta telah diberi taklimat di DK1 mengenai perjalanan mereka sehinggalah tiba hari pentauliahan mereka. 









LIBK kali ini melibatkan seramai empat orang jurulatih iaitu En. Sahlan, En. Ayub, En. Aziz dan En. Syafiq. Selain daripada latihan pemantapan Pergerakan Kawad Kaki dan Kawad Tongkat, mereka juga diajar cara memperkemaskan pakaian mereka sepenuhnya. Para peserta juga turut didedahkan dengan Kawad Perhubungan iaitu mereka diberi peluang untuk memberi arahan kepada rakan mereka serta melatih suara mereka. Aktiviti ini juga dapat memupuk kerjasama dalam berkumpulan. Peserta LIBK juga berpeluang untuk mempelajari cara membaca peta yang diajar oleh En. Sahlan.









 Majlis Tamat Latihan pada kali ini diadakan serupa dengan simulasi majlis konvokesyen. Selesai sahaja majlis di padang kawad utama, mereka terus berpindah majlis ke Dewan Sri Temenggung untuk menerima sijil pentauliahan bersama dengan peserta Latihan Intensif Brass Band (LIBB) siri ke-25. Majlis Tamat Latihan tersebut berjalan dengan lancar dan para tetamu juga dipersembahkan dengan persembahan daripada peserta LIBB.













Semoga latihan yang berlangsung selama 10 hari ini dapat memberi banyak ilmu dan pengalaman baru bagi para peserta serta mampu menjadikan mereka komander yang serba boleh disamping menjaga akhlak dan keterampilan mereka. Diharapkan dengan bertambahnya anggota Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor ini, mereka dapat meneruskan legasi kejayaan Batalion VI Jengking Johor. 

Sekian, terima kasih. 











No comments:

Post a Comment