MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, November 30, 2015

JAMBORI TAHUNAN KOMANDER SIRI 11/2015 DAN PENTAULIAHAN KOMANDER UiTM

JAMBORI SIRI 11/2015 (UiTM TERENGGANU)


Pada 17 November 2015 yang lepas, telah diadakan Jambori Komander Kesatria UiTM Siri 11/2015 di UiTM Terengganu. Program ini berlangsung selama 8 hari iaitu bermula pada 17 November 2015 sehingga 24 November 2015. Seramai 40 orang Komander Kesatria UiTM Johor telah dihantar untuk menyertai program ini. Sebanyak 16 kontijen dari UiTM seluruh Malaysia termasuk kontijen daripada UiTM Sarawak telah menyertai Jambori Komander Kesatria UiTM Siri 11/2015. Sebanyak 3 acara yang dipertandingkan. Antaranya ialah Pertandingan Kawad Kaki, Orienteering dan acara Kebudayaan bertemakan sorakan setiap batalion dan unsur seni budaya.

Kontijen Johor bersama LO 


Pendaftaran Penginapan

17 November 2015
Kontijen Segamat telah bertolak pada jam 9.30 pagi. Selepas sahaja tiba di UiTM Terengganu di Dungun, kontijen Segamat telah membuat pendaftaran dan diberi tempat penginapan. Sedikit latihan telah dibuat selepas asar di Arena Merdeka yang menjadi tempat pertandingan kawad kaki. Pada jam 9.00 malam, Taklimat Jambori telah diadakan di Dewan Aspirasi. Pada malam tersebut juga telah diadakan cabutan undi giliran untuk acara-acara yang dipertandingkan. Berikut adalah giliran bagi setiap acara UiTM Cawangan Johor bagi Kampus Segamat:-

• Pertandingan Kawad Kaki : Giliran ke 15
• Kebudayaan                       : Giliran ke 15
Latihan pra-pertandingan untuk acara Kawad Kaki di Arena Merdeka, Dungun

Malam taklimat Jambori

18 November 2015
Pada sebelah pagi hingga petang, raptai perbarisan pentauliahan telah diadakan di Arena Merdeka. Jam 9.00 malam pula telah diadakan sebuah forum yang bertajuk "KOMANDER: DISIPLIN SEIRINGAN ILMU" di Dewan Aspirasi. Moderator bagi forum tersebut adalah En. Muhammad Nazori Bin Md Rafiai manakala panel bagi forum tersebut adalah Ustaz Wan Anuar Bin Wan Mamat (Pensyarah) dan En. Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab (Zool Management And Trading Sdn Bhd).

Raptai perbarisan pentauliahan


Forum "KOMANDER: DISIPLIN SEIRINGAN ILMU"
19 November 2015
Debaran mula terasa. Acara pertama yang dipertandingan merupakan Pertandingan Kawad Kaki. Acara ini adalah acara yang dinanti-nantikan oleh semua kontijen. Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah menghantar 40 orang komander termasuk simpanan untuk menyertai pertandingan ini dan telah diketuai oleh Lt. M (K) Muhammad Najib Bin Ahmad Azir. Dengan kesungguhan dan disiplin yang ditunjukkan oleh Komander Kesatria UiTM Johor dalam acara ini, keputusan yang diraih sangat membanggakan seterusnya mengangkat nama Komander Kesatria UiTM Johor. UiTM Johor telah mendapat naib johan dalam acara ini secara keseluruhan juga digelar Platun Terbaik. Seterusnya pada waktu malam, raptai penyampaian watikah diadakan di Dewan Aspirasi.

Bacaan doa sebelum pemeriksaan pakaian 
Pemeriksaan Pakaian Kontijen Johor (Segamat)

Video Pertandingan Kawad Kaki

20 November 2015
Bertolak awal pagi untuk Kursus Asas Kayak dan ‘Water Confidence’ di Tasik Puteri, Bukit Besi yang mempunyai pemandangan yang sangat indah.







Raptai penyampaian watikah diadakan sekali lagi pada jam 5.15 petang bagi memastikan acara yang sebenar berjalan dengan sempurna. Acara diteruskan lagi pada jam 9.00 malam iaitu Pertandingan Kebudayaan bertemakan sorakan setiap batalion dan unsur seni budaya. Persembahan yang penuh semangat telah memberikan Komander Kesatria UiTM Johor meraih tempat yang keempat bagi acara tersebut manakala Komander Kesatria UiTM Pasir Gudang meraih naib johan.



21 November 2015
Pada jam 8.00 pagi telah diadakan acara Orienteering. Dengan semangat dan latihan yang telah dijalankan oleh peserta Orienteering, kontijen Johor (Segamat) telah memperoleh tempat keenam.



Pada jam 2.15 petang, raptai perbarisan telah diadakan di Arena Merdeka. Seterusnya, pada malam tersebut diteruskan lagi dengan Majlis Makan Malam Rejimental.



23 November 2015
Hari Perbarisan dan Penerimaan Tauliah telah tiba. Setelah tamat Perbarisan di Arena Merdeka, para komander berpindah majlis ke Dewan Aspirasi bagi meneruskan acara Penerimaan Tauliah.

Ybhg. Mej. Jen. (K) Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said selaku Timbalan Naib Canselor UiTM.
Wakil Menteri Besar Terengganu
Permeriksaan Baris

Berjalan lalu

Anugerah Komander Terbaik Setiap Kampus

Ucapan Wakil Menteri Besar Terengganu


24 November 2015
Pada jam 9.00 pagi Komander Kesatria UiTM Johor telah bertolak pulang ke kampus Segamat. Segala kemenangan dan pencapaian adalah berkat usaha, kerjasama, kesungguhan yang diberikan oleh Komander Kesatria UiTM Johor(Segamat). Semoga Komander Kesatria UiTM Johor dan Pasir Gudang lebih berjaya di masa akan datang.

"Johor : The Best!"

Tahniah dan syabas diucapkan.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment