MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Tuesday, September 01, 2015

Sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015 Peringkat Daerah Segamat #Sehatisejiwa

Pada 31 Ogos 2015 bersamaan pada hari Isnin yang lalu, Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor, Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis) dan Pasukan Brass Band UiTM Johor telah menyertai perbarisan sempena menyambut hari kemerdekaan tahun 2015 di Dataran Segamat yang bertemakan Sehati Sejiwa. Seramai 97  orang komander dan 61 orang Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis) telah menyertai perbarisan kemerdekaan ini.

Pasukan Brass Band UiTM Johor sedang bersiap sedia

Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis) menunggu giliran untuk berarak masuk ke dataran


Program ini dimulakan dengan perbarisan pada pukul 8.oo pagi. Seramai 58 orang komander membawa bendera Malaysia yang diketuai Pegawai Latih 1, diiringi Ejutan 1 dan Pegawai Latih 2 dan seramai 61 orang  Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis) membawa bendera negeri Johor. Perarakan bermula tidak jauh dari Dataran Segamat. Sebanyak 58 panji Jalur Gemilang sebagai simbol menyambut kemerdekaan tahun ke-58. Perarakan ini juga diiringi oleh Brass Band UiTM Johor yang berada di hadapan kontinjen Komander Kesatria UiTM Johor diikuti oleh Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis). Seluruh badan kerajaan badan bukan kerajaan (NGO), sekolah rendah dan sekolah menengah juga terlibat dalam acara perbarisan ini. Malah, mereka juga memakai pakaian mengikut kreativiti masing-masing.

Kontinjen dari UiTM Johor bersemangat mengibarkan bendera ketika menyanyikan lagu

Para Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor yang menyertai perbarisan acara sepanduk
Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor bergambar bersama para jurulatih


Selepas perbarisan masuk ke Dataran Segamat, program diteruskan lagi dengan majlis perasmian. Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil daripada Jabatan Alam Sekitar daerah Segamat.

Majlis diteruskan lagi dengan acara padang. Brass Band UiTM Johor telah membuat persembahan yang pertama diikuti oleh 3 pasukan brassband sekolah menengah yang lain. Selain itu, Belia UiTM Johor seramai 10 orang telah membuat persembahan 'street workout' dan akhir sekali persembahan daripada pasukan Bomba daerah Segamat membuat demonstrasi cara untuk menjinakkan haiwan seperti ular tedung selar dan sebagainya.

Komander Kesatria Batalion VI UiTM Johor sedang berbaris sebelum pulang ke UiTM

Sesi bergambar bersama Timbalan Rektor dan para pegawai UiTM Johor


Perbarisan kemerdekaan pada tahun ini diakhiri dengan acara penyampaian hadiah. Pada kali ini, UiTM Johor telah merangkul tempat ke-2 dalam acara sepanduk terbaik dan juga tempat ke-2 dalam acara perbarisan. Syabas dan tahniah diucapkan.

No comments:

Post a Comment