MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, December 06, 2014

JAMBORI TAHUNAN KOMANDER SIRI 10/2014 DAN PENTAULIAHAN KOMANDER UiTM

JAMBORI SIRI 10/2014 (UiTM JOHOR)



Pada  10 November 2014 yang lepas, sebagai tuan rumah, telah diadakan Jambori Komander Kesatria UiTM Siri 10/2014. Program ini berlansung selama 6 hari iaitu bermula pada 10 November 2014 sehingga 16 November 2014. Sebanyak 14 kontinjen dari UiTM seluruh Malaysia termasuk kontinjen daripada UiTM Sarawak telah menyertai Jambori dan Pentauliahan Komander Kesatria UiTM siri 10/2014. Sebanyak 3 acara yang telah dipertandingkan. Antaranya ialah Kawad Senyap, Merempuh Halangan dan acara Kebudayaan bertemakan nasihat.

Pada jam 08.30 malam, satu taklimat program dan suai kenal telah diadakan di BKSP. Pada malam tersebut juga telah diadakan cabutan undi giliran untuk acara-acara yang dipertandingkan. Berikut adalah giliran bagi setiap acara UiTM Johor:-

  • Kawad Senyap           :  Giliran ke 7
  • Kebudayaan               :  Giliran ke 6 
  • Merempuh Halangan :  Giliran ke 13

Pada keesokan harinya, iaitu pada 11 November 2014, para peserta telah menyertai aktiviti OPKIM di Bukit Kepong, Johor pada sebelah pagi dan menjalani raptai perbarisan pantauliahan selepas Solat Zohor. Pada malamnya, diadakan Majlis Makan Malam Pentauliahan dan Perasmian Jambori yang diadakan dengan gaya rejimental seperti yang terkenal dengan Komander Johor. Kesemua komander yang akan ditauliahkan telah menghadiri makan malam tersebut.







12 November 2014 tiba dan debaran mula terasa. Acara pertama yang dipertandingkan merupakan acara Merempuh Halangan. Dengan semangat dan latihan yang diberikan oleh Jurulatih En Rashid, kontijen Johor meraih kemenangan sebagai Johan dengan masa menamatkan track rempuh halangan 6 minit 16 saat. Pasukan merempuh halangan menunjukkan prestasi yang terbaik semasa bertanding dan semangat berpasukan yang tinggi. Pada malamnya, acara Kebudayaan diadakan bertemakan nasihat yang positif. Johor menyampaikan persembahan melalui nyanyian nasyid dan paparan video latar yang membuahkan hasil kedudukan nombor tiga di antara kontijen yang lain. Persembahan kali ini memberikan nafas baru kepada Komander UiTM kerana telah bertungkus lumus mejayakan persembahan kampus masing-masing.







Pada 14 November 2014, Bengkel ToT telah diadakan bagi memupuk semangat menjadi seorang ketua yang berkaliber dan memantapkan keyakinan diri sebagai seorang komander. Bengkel ini diadakan dari pagi hingga ke petang. Selepas selesai bengkel tersebut mereka teruskan lagi aktiviti mereka dengan raptai perbarisan pentauliahan.






Hari Perbarisan Pentauliahan telah tiba, iaitu pada 16 November 2014. Seawal 7.30 pagi para komander yang bakal ditauliahkan Leftenan Muda Kesatria telah berkumpul di Padang Kawad Lama untuk perbarisan masuk ke padang. Pentauliahan ini dirasmikan oleh  Y.B. Dato Razali bin Haji Ibrahim Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohammad Said dan Rektor UiTM Cawangan Johor, Prof. Dr. Omar bin Samat. Perbarisan telah berjalan dengan baik dan anugerah bagi komander terbaik setiap kampus telah disampaikan. Majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian sijil dan telah berpindah majlis di Dewan Seri Temenggung. Menggunakan method konvokesyen, majlis dijalankan seperti majlis graduasi. Majlis ini dihadiri ibu bapa komander dari setiap kampus bersama keluarga mereka untuk memeriahkan majlis. Selepas majlis tamat, terdapat kampus yang telah bergerak pulang untuk kembali ke kampus masing-masing.










Syabas diucapkan kepada kejayaan yang diperoleh pada kali ini dan diharap kejayaan ini dilihat sebagai satu perkembangan positif komander dan inspirasi kepada bakal pelapis pemimpin akan datang. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini dengan lancar. Semoga Jengking Johor terus menyengat dan memberikan yang terbaik serta meneruskan legasi mereka. 

"Once a commander, always a commander!"

1 comment:

  1. Assalamualaikum...bleh tak nak tanya, masa malam pentauliahan tu, ada x gmbar2 lain selain diatas?

    ReplyDelete