MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, December 03, 2014

LATIHAN INTENSIF BAKAL KOMANDER SIRI KE-26

Pada 31 Oktober 2014 (Jumaat) sehingga 16 November 2014 (Jumaat) Jawatankuasa Komander Kesatria UiTM Cawangan  Johor telah mengadakan program Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK)  siri ke-26 sebagai latihan asas untuk menjadi Komander Kesatria UiTM Cawangan Johor. Berbeza sedikit pada kali ini, gabungan peserta LIBK adalah daripada Kampus Segamat dan Kampus Pasir Gudang. Latihan mereka dijalankan di UiTM Johor Kampus Segamat selaras dengan Jambori Tahunan Komander UiTM & Pentauliahan Komander UiTM. 

Pada malam 30 Oktober 2014, 2 bas dari Kampus Pasir Gudang tiba dan telah mendaftar sebagai peserta LIBK. Setelah itu, . Untuk LIBK pada kali ini, para pelajar siswa akan menginap di Kolej Kediaman A Sempana Riau dan bagi pelajar siswi di Kolej Kediaman C Intan sepanjang latihan mereka dijalankan. Keesokan harinya, peserta LIBK dari kampus Segamat datang mendaftar seawal 9.00 pagi di LT. Pada pukul 5.00 ptg, taklimat telah dijalankan di LT1, menerangkan tentang perjalanan mereka sehingga 'passing out'.







Pada hari seterusnya,para peserta lebih ditekankan tentang kemahiran kawad kaki. Mereka mendapat penerangan tersebut daripada En.Sahlan, En. Aziz, En. Ayub, En. Rawi dan En. Nasir selaku jurulatih LIBK pada kali ini. Pada waktu malam pula, disebabkan tarikh 'passing out' mereka jatuh pada 7 Oktober 2014, mereka lebih ditekankan dan dilatih untuk memantapkan Pergerakan Kawad Kaki dan protokol di Padang Kawad dan pemakaian. Latihan kawad ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka bekerjasama dalam satu kumpulan, mendidik mereka supaya lebih berdisiplin, peka dan belajar bertindak mengikut arahan.














Bukan sekadar kawad kaki, pembelajaran kawad tongkat dan kawad perhubungan juga diajar kepada mereka. Kedua – dua kawad ini merupakan satu pembelajaran baru buat mereka.
Lebih menariknya, pada hari terakhir LIBK, passing out pada kali ini diadakan di Padang Kawad yang baru siap dibina dan mereka dapat merasmkikannya untuk pertama kali nya. Passing out mereka dilaksanakan dengan lain sedikit dengan berpandukan cara 'passing out' PALAPES dan terdapat majlis penyerahan sijil yang disertai oleh Latihan Intensif Brass Band siri ke - 24. LIBB telah mengiringi passing out dengan jayanya. Persembahan para-dance yang dipersembahkan oleh peserta LIBK dari kampus Pasir Gudang memberikan kelainan kepada passing out kali ini.







Setelah selesai passing out, mereka diberi pendedahan bonus iaitu mengenai Rejimental Jambori Tahunan yang diadakan pada Jambori kali ini sebagai simbolik perasmian. Mereka diajar untuk menyaji dan menghidangkan makanan dalam protokol, cara dan method yang betul. Disebabkan bilangan mereka mencecah 151 orang peserta mereka diberi peluang untuk menjadi pramusaji bagi peserta serta pegawai jambori dari 13 kampus yang menyertai Jambori kali ini.

Semoga latihan yang diadakan ini dapat memberi pelbagai manfaat kepada para peserta supaya dapat menjadi komander yang serba boleh dalam segala aspek dan dapat memupuk ukhwah yang baik di antara kedua-dua kampus Segamat dan Pasir Gudang sebagai Batalion VI Jengking Johor yang satu.

Sekian. 

3 comments:

  1. Slmkum...sy nk tnya, ada maklumat tak berkenaan staff tentera di sana? Mohon maklum pd saya di 014 7069331 - syakir, 20 RAMD...

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:11 AM

    maklumat ada tapi sulit. sila maklumkan niat anda terhadap maklumat tersebut.

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:12 AM

    Wlkslm

    ReplyDelete