MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Wednesday, June 11, 2014

KONVENSYEN KOMANDER KESATRIA UiTM 2014 (12- 15 April)


Selepas habis peperiksaan akhir semester lepas, Jawatan Perwakilan Komander Kesatria UiTM Johor telah dijemput untuk ke Konvensyen Komander Kesatria UiTM 2014 anjuran Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam dengan kerjasama Unit Kokurikulum Semalaysia. Konvensyen ini telah berlangsung selama 3 hari dan dua malam bertempat di UiTM Shah Alam, Selangor dan telah disertai oleh kesemua battalion yang ada di Malaysia.
                Para Komander Johor yang menyertai konvensyen ini telah menduduki taklimat dan menjalani aktiviti-aktiviti ‘Ice Breaking’ bersama dengan kampus lain. Mereka juga telah menyertai Forum Bersama Alumni Komander Kesatria dan Pertandingan Pengucapan Awam serta sesi pembentangan Kertas Kerja. Majlis Penutupan Konvensyen Komander Kesatria UiTM Siri-2 2014 telah dirasmikan oleh Ybhg. Mej. Jen. (K) Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said selaku Timbalan Naib Canselor UiTM.

                Pada hari yang terakhir, para komander bertolak kembali ke UiTM Cawangan Johor di Segamat untuk meneruskan dan menguruskan latihan buat peserta KKEC 2014 yang bakal berlangsung. 


No comments:

Post a Comment