MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, June 15, 2014

KOMANDER KESATRIA EDURANCE CHALLENGE (KKEC)

Pada 26 April 2014 Komander Kesatria UiTM Johor telah menyertai pertandingan Komander KesatriaEdurance  Challenge  yang bertempat  di  UiTM Merbok,  Kedah  sehingga  29  April  2014.  Pelbagaipertandingan telah dipertandingkan seperti EOQ, orienteering, paintball, volleyball, kebudayaan danrempuh halangan.

Sebagai  persediaan  daripada  segi  fizikal  dan  mental,  Komander  Kesatria  UiTM  Johor  telahmengadakan latihan dari segi aspek fizikal dan mental bermula pada 12 April 2014 hingga 24 April2014. Sepanjang sesi latihan, Komander Kesatria UiTM Johor memberi komitmen yang terbaik danbersemangat di samping meningkatkan lagi prestasi fizikal dan mental. Keseluruhan komander yangterlibat dalam KKEC adalah 30 orang.Komander Kesatria UiTM Johor bertolak ke UiTM Merbok, Kedah pada 25 Aril 2014. Pertandinganbermula pada 27 April  2014. Selepas acara perasmian dilakukan. Pertandingan dimulakan dengan orienteering dan paintball. Acara orienteering mmerlukan 4 org komander manakala acara paintballdisertai oleh 7 orang komander bagi setiap UiTM, 5 pemain dan 2 simpanan.

Seterusnya, pada sebelah petang 27 April 2014, diteruskan lagi dengan acara paintball dan bola tampar. Bagi peserta-peserta kebudayaan mereka membueat raptai untuk persembahan meraka yang akan berlangsung pada malam tersebut. Pada 28 April 2014, acara diteruskan dengan EOQ dimana melibatkan acara berlari, berkayak dan berbasikal. Acara EOQ berlangsung sehingga petang. Pada malam 28 April 2014 acara rempuh halangan dijalankan.

Terakhir sekali, pada 29 April 2014 acara pada waktu pagi adalah aktiviti kesukarelawan manakala pada petangnya merupakan majlis perasmian penutup serta penyampaian hadiah. UiTM Johor mendapat tempat ke 4 daripada keseluruhan.

 Keputusan keseluruhan KKEC 2014 ialah tempat pertama UiTM Merbok, Kedah, tempat kedua disandang oleh UiTM Arau, Perlis dan tempat ketiga UiTM Sabah. Walaupun keputusan UiTM Johor sedikit merundum daripada penyertaan tahun lepas, namun semangat yang ditunjukkan oleh komanderyang terlibat ternyata tidak mampu ditandingi oleh UiTM kampus lain. Semoga komander Johor terus mengorak melangkah dan mencatat kejayaan yang lebih membanggakan pada acara-acara yang akan datang. 




No comments:

Post a Comment