MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Monday, December 12, 2011

Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK)

     Pada 8 oktober yang lalu , Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI dengan kerjasama unit kokurikulum UiTM Johor Kampus Segamat telah mengadakan program Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) kali ke - 21 . Program ini disertai oleh 96 orang dan dikendalikan oleh Komander - Komander Kesatria Negara yang terlatih .


    LIBK ini berlangsung selama 7 hari dan disertai oleh UiTM Kampus Johor Bahru .  Pelbagai aktiviti yang dilakukan sepanjang program ini berlangsung antaranya kawad kaki , penunjuk arah , jalan lasak dan sebagainya . 



     Kawad kaki pula dilatih oleh 4 orang pelatih iaitu En.Hamzah bin Ibrahim , En M.Sahlan bin Taip , En.Abdul Aziz bin Idrus dan En Ayub bin A.Rahim . bermula dengan senaman pagi bersama - sama peserta jamboree di padang kawad , kemudian diikuti dengan latihan kawad kaki . Pelbagai karenah dapat dilihat sepanjang aktiviti ini dijalankan .




      Selang beberapa hari kemudian , peserta LIBK dibawa ke Bukit Asahan,Melaka untuk latihan pandu arah . Segala aktiviti pada hari itu berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa kumpulan pandu arah sesat ketika menjalankan latihan . Kegembiraan bertambah apabila peserta - peserta LIBK dibawa mandi - manda di kaki gunung Asahan setelah penat lelah menjalani latihan pandu arah .



        Pada hari terakhir pula , majlis penutupan atau lebih dikenali dengan 'passing out' telah berlangsung . Majlis penutupan ini dirasmikan oleh General Kesatria Prof.Madya DR.Haji Omar bin Samat iaitu Rektor UiTM Johor kampus Segamat . Pemenang bagi kawad kaki terbaik jatuh kepada Nur Adilah binti Mohamad Rodzi . Bagi akademik terbaik jatuh kepada Nazatul Hazwani binti Abdul Aziz dan ketua platun terbaik jatuh kepada Mohd Amer Syazwan bin Mansor . 


     Selepas itu , majlis pemakaian pangkat oleh ibubapa masing - masing berlangsung . Ibu bapa serta adik - beradik turun padang bagi memeriahkan lagi majlis ini . 
      Kesimpulannya , program selama 7 hari ini berjalan dengan jayanya tanpa ada sebarang masalah dan gangguan . tahniah kepada batch 21 yang baru sahaja menjalani Latihan Intensif Bakal Komander . Selamat datang warga baru Komander Kesatria . 

Tahniah !

   Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini

No comments:

Post a Comment