MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, April 03, 2011

KURSUS LANJUTAN DESTINI KENEGARAAN PELAJAR UiTM di Pulau Pangkor

Kursus Lanjutan Destini Kenegaraan Pelajar UiTM yang bertempat di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor, Perak pada 18,19 dan 20 MAC 2011.



Hari Pertama
Bertolak dari UiTM pada pukul 6.30 pagi diiring oleh Cik Juakhir. Tiba di Lumut pada pukul 3 petang. Peserta-peserta beristirehat dan menjalankan tugas yang telah diberikan oleh pihak kursus.

Ketibaan peserta bertentangan di hadapan jeti di Lumut.
Peserta berkumpul semula untuk persiapan menaiki feri setelah melihat persekitaran di kawasan feri. Kami berada di atas feri selama 45 minit sebelum tiba ke detinasi.


Bergambar sebelum naik feri.

Permandangan di atas feri.
 Kedatangan kesemua peserta dari UiTM dari Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak dan Johor disambut dengan iringan lagu dan renjisan bunga oleh staf-staf Teluk Dalam Resort. Kami bersiap untuk solat dan melihat kawasan Pulau Pangkor setelah peserta daftar dan diberi taklimat. Kami dibawa oleh beberapa pemandu van yang berkhidmat untuk para pelancong. Selama 1jam kami melihat kawasan Pulau Pangkor dan dalam masa yang sama kami menyiapkan tugas yang diberi. Tugas kami adalah melihat dan menemuduga penduduk mengenai keadaan ekonomi masyarakat Melayu di Pulau Pangkor yang berbeza. Kami pulang ke bilik masing-masing dan bersiap untuk makan malam.


Pada waktu malam, peserta-peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut nombor tengah di kad pengenalan. Aktiviti kami adalah memilih gambar yang ditunjukkan oleh fasilitator dan kami diminta untuk melukis gambar dan membuat trademark, motto dan misi untuk kumpulan.



Ahli kumpulan Mighty Pheonix bekerjasama dalam memastikan pembentangan mereka berjaya. Komander Azizi banyak berkhidmat dalam melukis lambang dan calon ketika kempen.


 
Ahli kumpulan The Times cuba menjawab pertanyaan dari fasilitator.


Kebanyakan setiap pembentangan akan dikomen oleh fasilitator dan ahli kumpulan yang lain. Setelah itu, kami diberi taklimat simulasi pilihanraya. Peserta-peserta diberi tugasan untuk melantik calon dan pencadang untuk pilihanraya. Ahli kumpulan akan berbincang untuk memilih penyokong dan membeli borang pencalonan. Perbincangan setiap kumpulan diteruskan pada esok hari.



Hari Kedua
Peserta berkumpul dan bersarapan dengan fasilitator. Peserta-peserta berkumpul dalam dewan seperti biasa untuk mendengar taklimat seterusnya. Peserta duduk di dalam kumpulan untuk meneruskan perbincangan. Fasilitator meminta calon-calon untuk tampil kehadapan bagi memperkenalkan diri yang dilakukan oleh pencadang.


Calon-calon dari kumpulan Jam, Telefon, Kunci, Pokok dan Burung.

Setiap calon mendapat tentangan dari peserta-peserta yang bertindak sebagai penduduk di Pulau Pangkor. Keadaan semakin panas apabila calon dari parti Pokok dikhabarkan mengambil rasuah bersama calon dari parti Kunci. Disebabkan itu, calon dari parti Kunci telah menarik diri kerana tidak dapat menerima tuduhan ke atas dirinya.

Tentangan penduduk Pangkor terhadap calon Pokok dan Kunci.

Pihak fasilitator menerangkan bahawa keadaan seperti itu terjadi ketika pilihanraya yang sebenar. Tayangan video mengenai parti-parti yang aktif di Malaysia dan penipuan juga lakonan dari calon dan parti-parti yang tertentu. Penghinaan terhadap bangsa Melayu dan lagu Negaraku juga ditayangkan yang dikenali sebagai 'Media War Fare'.

Setelah 'lunch' dan solat, kami meneruskan aktiviti pembangkang dan penyokong. Ahli kumpulan akan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pembangkang dan kumpulan penyokong dan berbincang pada lain-lain tempat. Topik yang dibincangkan mengenai ekonomi di Pulau Pangkor dan kemasukan bukan Bumiputera ke dalam UiTM.
 
Perbincangan untuk topik-topik yang diberi di dalam kumpulan masing-masing.


Pembentangan dijalankan. Idea-idea dari setiap kumpulan mendapat komen dari semua pihak. Peserta-peserta berkumpul dan fasilitator membuat ringkasan tentang topik yang dibincangkan. Sebahagian peserta telah mulakan kempen untuk parti masing-masing. Gambar-gambar calon, motto parti dan lain-lain ditampal di ruang-ruang yang ada. Terdapat juga ahli dari kumpulan lain yang tidak berpuas hati telah menconteng 'flyers' dan 'banner' calon dari parti lain. 

Pada waktu petang, peserta minum petang dan berkumpul di tepi pantai sementara menunggu fasilitator yang mengendalikan 'games'seperti 'ice-breaking', 'treasure hunt', 'tarantula', 'spider web' dan 'acid river'. Peserta dibentukkan kepada kumpulan yang baru untuk aktiviti petang. Oleh kerana kesuntukan masa, setiap kumpulan tidak dapat menghabiskan kesemua 'games' yang ada. Kesemua peserta makan malam dan pulang ke bilik masing-masing.

Untuk aktiviti malam, kesemua peserta menjalankan aktiviti masing-masing kerana aktiviti yang sepatutnya tidak dapat dijalankan. Peserta-peserta bersiar di tepi pantai, mandi kolam, pergi ke pekan dan berehat di bilik masing-masing. Terdapat juga yang menjalankan aktiviti kempen.



Hari Ketiga

 Setelah sarapan, kesemua peserta berkumpul di dewan untuk simulasi pilihanraya. Para calon dan wakil diberi masa untuk memperkenalkan parti mereka sekali lagi dan cuba meyakinkan 'penduduk Pangkor'. Fasilitator juga memainkan peranan dalam membuat khabar angin yang negatif di belakang calon dan wakil bagi mencetuskan situasi sebenar pilihanraya. Ahli parti-parti menyokong parti sendiri apabila calon dan wakil sedang berucap.

Calon dan wakil dari parti Burung dan parti Telefon.

Calon dan wakil dari parti Pokok beremosi apabila mereka dihentam dengan tuduhan rasuah oleh penduduk Pangkor.

Wakil dan Calon dari parti Pokok dan Burung.


Selepas itu, para peserta mengundi mengikut kampus masing-masing. Mereka dipilih sama ada mengundi parti Pokok, Jam, Telefon atau Burung. Pengumuman pemenang dibuat setelah peserta-peserta membuat undian dan berkeliaran di kawasan resort sementara undian dikira oleh fasilitator.

'Penduduk Pangkor' beratur untuk mengundi parti yang mereka pilih.


Hamper untuk pemenang yang berjaya mendapat undian terbanyak.


Fakhrul, calon dari parti Burung berjaya mendapat undian yang terbanyak.


Ucapan dari Yang Berhornat.


Setelah habisnya ucapan dari Yang Berhormat, fasilitator membuat rumusan tentang keseluruhan simulasi pilihanraya. Mereka juga memberi pendedahan mengenai kehidupan bangsa Melayu di Malaysia dan kata-kata kesyukuran terhadap kemudahan yang kita dapat. Penutupan kursus berjalan dengan lancar apabila pesert-peserta bernyanyi lagu 'Saya Anak Malaysia'. Para peserta menjamu makan tengah hari dan pulang ke bilik untuk pulang. Mereka juga bertolak sama-sama ke jeti dan pulang ke kampus masing-masing. 


Peserta dari UiTM Johor berangkat pulang pada waktu petang selepas diberi masa untuk bersiar-siar di  kawasan jeti di Lumut dan tiba ke kampus pada tengah malam.


Peserta bergambar di resort sebelum ke jeti.
Ketibaan peserta dan pegawai pengiring di pintu masuk jeti.

Permandangan di jeti.
Peserta bergambar dengan sebahagian fasilitator di atas feri.



1 comment: