Saturday, April 09, 2011

EKSPO SELANGKAH KE UITM

EKSPO SELANGKAH KE UITM



26 MAC 2011,SABTU
Pada pukul 7.15pagi, berkumpul dihadapan storband untuk mendengar taklimat daripada En. Jamil,selaku penyelaras kokorikulum,sementara menunggu brass band bersedia untuk berangkat ke Dataran Segamat.

Setelah tiba di dataran segamat, kami menolong staf-staf UITM dan MPP menampal gambar-gambar di ruang dan mengeluarkan barang-barang seperti pamphlet dan risalah-risalah yang hendak digunakan sepanjang ekspo berlangsung.



Pada pukul 9.30 pagi, pengunjung mulai datang ke ekspo, kami di pecahkan kepada beberapa bahagian, iaitu  menjaga kaunter SEKI,   mengedarkan pamphlet, dan  dibahagian Semakan Syarat Kelayakan Khas Akademik UiTM. Kami dikehendaki menerangkan program yang layak mereka mohon berdasarkan keputusan SPM mereka.Pada pukul 12.00 tengahari pengunjung semakin ramai dan semakin sibuk kami melayan kerenah pengujung yang datang. 

 Komander yang semakin sibuk melayan para pengunjung


27 MAC 2011,AHAD
Kami bertolak ke Dataran Segamat pada pukul 8.00 pagi dengan berpakaian Uniform Komander Kesatria.
Sambutan ekspo pada hari kedua masih lagi hangat, pengunjung yang datang semakin ramai.Kami melakukan tugasan yang sama seperti hari pertama ekspo.

 Kaunter pendaftaran yang sesak dipenuhi pengunjung ekspo untuk mendaftar.
"Bahagian fakulti"
"Bahagian Hal Ehwal Akademik"

                                    
Brass Band yang memeriahkan lagi ekspo dengan persembahan mereka.

 







Sepanjang dua hari ekspo berlangsung pelbagai pengalaman kami dapat, seperti cara kami berkomunikasi dengan orang awam, kami dapat meluaskan lagi pengetahuan mengenai UITM dan program-program yang ditawarkan di UITM dan yang paling penting sekali kami belajar cara berhadapan dengan pelbagai kerenah masyarakat. Kesimpulannya ekspo selangakh ke UITM amat menyeronokkan dan amat bermanfaat.

No comments:

Post a Comment