MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Thursday, July 25, 2019

MAJLIS SERAH TERIMA BENDERA BAGI PASUKAN KOMANDER KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE (KKEC) SIRI 9/2019 DAN PERTANDINGAN PERCUSSION UiTM 2019.


           Pada 24 Julai 2019, telah berlansungnya Majlis Serah Terima Bendera bagi pasukan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) Siri 9/2019 dan Pertandingan Percussion UiTM 2019.

Turut serta dalam majlis ini ialah Yang Berbahagia, Brigadier Jeneral Kesatria Proffessor Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar,Rektor Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor, Kolonel Kesatria Dr. Ahmad Razi Bin Ramli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat, Kolonel Kesatria Mohd Khairul Ariff Bin Noh,Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat, Leftenan Kolonel Kesatria Mior Hishamuddin Ariffin, Timbalan Pendaftar Kanan Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat, Leftenan Kolonel Kesatria Syazali Effendi Bin A.Wahab, Ketua Pegawai Kehormat Kesatria Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat serta Leftenan Kolonel Kesatria Ujud Bin Pabil, Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor.

Yang Berbahagia, Brigadier Jeneral Kesatria Proffessor Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar diiringi oleh Leftenan Kolonel Kesatria Ujud Bin Pabil telah merasmikan gimik perasmian iaitu pertunjukan bunga api. Di samping itu, majlis turut diserikan dengan Persembahan Kawad Kaki Formasi dari Komander Kesatria Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor yang diketuai oleh Komander Madya Saad bin Abdul Samad dengan kekuatan anggota seramai 28 orang. Diikuti dengan persembahan Tempur Tanpa Senjata, Percussion dari Pasukan Brass Band dan Persembahan Colour Guard.

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyerahan bendera kejohanan bagi pasukan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) Siri 9/2019 dan bendera Johor bagi pasukan Pertandingan Percussion UiTM 2019. Simbolik penyerahan bendera ini disempurnakan oleh Brigadier Jeneral Kesatria Proffessor Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar diiringi oleh Leftenan Kolonel Kesatria Ujud Bin Pabil. Penyerahan bendera kejohanan bagi pasukan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) Siri 9/2019 diserahkan kepada Komander Kanan Muhammad Fikri Haziq Bin Ayob selaku Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor. Manakala, bendera Johor diserahkan kepada pasukan Pertandingan Percussion UiTM 2019, iaitu Saudari Nurul Hanna binti Zakaria, Band Major Kompeni Brass Band.


Simbolik Penyerahan Bendera KKEC keoada Komander Kanan Muhammad Fikri Haziq bin Ayob


Simbolik Penyerahan Bendera Negeri Johor kepada Saudari Nurul Hanna binti Zakaria.


.

Terima kasih diucapkan kepada Brigadier Jeneral Kesatria Proffessor Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar atas kesudian menyempurnakan upacara penyerahan bendera.

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada pasukan Brass Band yang akan mewakili Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor pada 25 Julai 2019 sehingga 28 Julai 2019 dalam Pertandingan Percussion UiTM 2019 yang akan berlangsung di Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam dan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI selaku tuan rumah bagi pertandingan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) Siri 9/2019 yang akan berlangsung pada 1 hingga 6 Ogos 2019. Semoga setiap titik peluh dan keringat yang dicurahkan membawa kejayaan yang cemerlang bagi UiTM Cawangan Johor.



Saturday, May 25, 2019

MERDEKA NATURE RUN





Anda minat berlari? Anda ingin berlari sambil menikmati pemandangan hijau di Kampus Simfoni Alam? Marilah sertai kami, Komander Kesatria Batalion VI dalam acara Merdeka Nature Run anjuran Unit Kokurikulum dan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI.

Marilah kita sama-sama menyertai 🏃 Merdeka Nature Run 🏃

📅Tarikh: 3 Ogos 2019 (Sabtu)
⏰Masa: 0800
🗾Tempat: Padang Kawad, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor Kampus Segamat

Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan;

🏃3KM
Bayaran: RM 38
Beserta: Medal🏅, T-shirt👕, Goodies🛍 dan Sijil📜

🏃6 KM
Bayaran: RM 45
Beserta: Medal🏅, T-shirt👕, Goodies🛍, Sijil📜, Nombor Bib dan Timing Chip

🏃12KM
Bayaran: RM 50
Beserta: Medal🏅, T-shirt👕, Goodies🛍, Sijil📜, Nombor Bib dan Timing Chip

Hadiah lumayan berupa wang tunai menanti anda!😱💰
1st runner: RM 500
2nd runner: RM 300
3rd runner: RM 200
*hanya untuk peserta larian 12KM sahaja.

📝Pendaftaran boleh dilakukan melalui QR Code:



atau dengan melayari https://tinyurl.com/y2zhfuf8

📣Tarikh tutup penyertaan: 8 Julai 2019 (Isnin)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
📞019-9850503 (Ujud)
📞016-7489130 (Muhizan)

JADI TUNGGU APA LAGI? MARI SERLAHKAN POTENSI LARIAN ANDA BERSAMA KAMI!

#MerdekaNatureRun2019 #mnr2019 #kkec2019


T-shirt Rasmi Merdeka Nature Run



Medal Rasmi Merdeka Nature Run





Friday, May 24, 2019

MAKLUMAN AWAL KOMANDER KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE (KKEC) SIRI 9/2019









NANTIKAN PERSAINGAN KOMANDER KESATRIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MEWAKILI 17 KAMPUS DARI 14 BATALION UNTUK BERTANDING DALAM KOMANDER KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE (KKEC) SIRI 9/2019 ANJURAN UNIT KOKURIKULUM DAN MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA (MPKK) BATALION VI.

TEMPAT : UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT
TARIKH : 1 HINGGA 6 OGOS 2019

ANTARA ACARA YANG AKAN DIPERTANDINGKAN ADALAH :
1) REMPUH HALANGAN
2) JALAN LASAK
3) DUATHLON
4) ORIENTEERING
5) E-SPORT
6) TEMPUR TANPA SENJATA
7) KAWAD FORMASI
8) MERDEKA NATURE RUN

ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK BERTEMPUR?

STAND UP, THE BATTLE IS NOT OVER YET!

BOLEH LAYARI PAGE FACEBOOK RASMI KKEC 2019 : Komander Kesatria Endurance Challenge Siri 9/2019
https://www.facebook.com/Komander-Kesatria-Endurance-Challenge-Siri-92019-1833107093457490/

#kkec2019 #kkecjohor #JohorTheBest #jengkingjohor #roadtokkec2019

Tuesday, May 21, 2019

     IFTAR MAHABBAH RAMADHAN

          

            Pada 16 MEI 2019 bersamaan hari Khamis yang lalu, pihak Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI telah menganjurkan Majlis Iftar Mahabbah Ramadhan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat Sesi Mac – Julai 2019 yang bertempat di Bawah Blok Nilam. Pada jam 5.30 petang, para komander berkumpul di bawah blok Nilam. Pada jam 5.40 petang, ketibaan Jurulatih, Komander Kehormat dan Mantan dan seterusnya pada jam 5.45 petang, ketibaan Pegawai Kehormat dan ketibaan VIP. KRM Muhammad Nur Hafizzul Bin Rashidi dan KRM Nur-Liyana Izzati Binti Mohd Khairee ialah pengacara Majlis pada majlis tersebut. Bagi memberkati majlis tersebut, Muhammad Farid Aiman Bin Mohd Zailani telah mengetuai bacaan doa.




bacaan doa 


           Majlis bermula dengan ucapan dari KK Muhammad Fikri Haziq Bin Ayob, seterusnya ucapan dari LT. KOL. Ujud Bin Pabil (KEST), Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI. Majlis diteruskan dengan Sumbangan Raya kepada para komander yang telah kehilangan ibu atau ayah.

1) Lt. M MOHAMMAD AMIRULHAMIZAN BIN MURIN (KEST)
2) Lt. M NUR SOLEHHATUL JANNAH BINTI HARITH @ ARIS (KEST)
3) KRK DAYANG AMIRA BINTI RAZALI
4) KM NUR SYAZWANI BINTI TAIB
5) KRK MUHAMMAD HAFIS BIN MUHAMMAD
6) KRK MUHAMMAD HAFIZZI BIN SANURI
7) KRK SITI NURHIDAYAH BINTI ABDUL WAHAB
8) KRM MUHAMMAD FARID AIMAN BIN MOHD ZAILANI
9) KRM MUHAMMAD RAHIMI BIN MOHD RASID
10) KRM NUR ATHIRA BINTI AHMAD SARUDIN
11) KRM NURUL FARHAH BINTI JAMIL
12) KRM SITI NORHASLINA BINTI SURAJI
13) KRM NUR AMIRATUS SOLEHAH BINTI SALMUAZAM



     ucapan dari LT. KOL. Ujud Bin Pabil (KEST)
  

           Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada LT. KOL. (K)  Syazali Effendi Bin A. Wahab(KEST), Ketua Pegawai Kehormat Kesatria Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat. Para hadirin kemudiannya menikmati hidangan berbuka puasa pada jam 7.13 malam.



Penyampaian cenderahati





           Setelah selesai, para hadirin diminta untuk berpindah majlis ke Pusat Islam bagi menunaikan solat Maghrib berjemaah dan seterusnya, majlis bersurai.



Thursday, March 14, 2019

MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA BATALION VI SESI MAC-JULAI 2019


            Pada 8 Mac 2019 (Jumaat) yang lalu, Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI bertempat di Dewan Sri Temenggong, Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor Kampus Segamat. 

Melapor

            Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ini dijalankan bertujuan untuk membubarkan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria yang lama sekaligus melantik ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria yang baru. 
                                   
            Usai nyanyian tiga buah lagu dan bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapan daripada mantan Pegawai Memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI sesi September 2018 – Januari 2019 iaitu KK Ahmad Nabil Bin Hafizan. Seterusnya majlis menjemput KK Muhammad Fikri Haziq Bin Ayob, Pegawai Memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI untuk menyampaikan ucapan serta melantik ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI sesi Mac- Julai 2019
                                 
                                    
Ucapan daripada Pegawai Memerintah Sesi  Mac - Julai 2019

            Seterusnya, ucapan diberikan oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST), Pegawai Kokurikulum Kanan dan Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI UiTM Cawangan Johor. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A.Wahab (KEST), Ketua Pegawai Kehormat Kesatria Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI Sesi Mac- Julai 2019.
                                



Majlis kemudiannya beralih arah kepada upacara pemakaian pangkat kepada 10 orang pemerintah tertinggi Komander Kesatria Batalion VI yang telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Kehormat, Lt. Kol. (K) Syazali Effendi bin. A. Wahab (KEST) dan para Pegawai Kehormat yang lain.
                      

                      
Barisan Top 10


Penerima pangkat yang pertama ialah KOMANDER KANAN MUHAMMAD FIKRI HAZIQ BIN AYOB selaku Pegawai Memerintah Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI. Penerima pangkat seterusnya ialah:

KOMANDER MADYA NUR ALIA BINTI YUSINI
KOMANDER MADYA NUR SYAZWANA BINTI SHAMRI EFENDI
KOMANDER MADYA SAYFUL AMIRAN BIN SUHAINI
KOMANDER MADYA SAAD BIN ABDUL SAMAD
KOMANDER MADYA MOHD HAMZI HANAFI BIN MOHAMED SUPIAN
KOMANDER MADYA AMIR HAMZAH BIN MAT YUSUF
KOMANDER MADYA NOR FAEIZAH ZAIKHA BINTI ZAINAL
KOMANDER MADYA NOR ARIESA SHAZMIRA BINTI NOR AZRI
KOMANDER MADYA AINA SYAFIQA BINTI A.LAZIM

Pmekaian pangkat kepada Komander Madya


Selanjutkan, pemakaian pangkat bagi Komander Muda yang terdiri daripada 11 Ketua Biro dan 9 Ketua Kompeni turut dilaksanakan.
                                    

KOMANDER MUDA SITI MAIZATUL AISYAH BINTI JOHARI
KOMANDER MUDA NUR FATIHAH BINTI SUKOR
KOMANDER MUDA MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN CHE HAZAHAR
KOMANDER MUDA ATHIRAH NADZIRAH BINTI HAMZAH
KOMANDER MUDA AYUNNI NATASYA BINTI MOHD NOOR
KOMANDER MUDA MUHAMMADD DANISH GHAZI BIN MOHD FAKRURAZI
KOMANDER MUDA FATIN NORMAESARAH BINTI ABD RAHIM
KOMANDER MUDA RADHWATUL ADAWIYAH BINTI ABDUL RAHMAN
KOMANDER MUDA NUR SABRINA BINTI RIDUAN
KOMANDER MUDA NUR SYAZWANI BINTI TAIB
KOMANDER MUDA SITI AISYAH BINTI RUSLAN
KOMANDER MUDA SITI NORBAITI BINTI AZIZI
KOMANDER MUDA MUHAMMAD ARIF AIMAN BIN AKMALUDDIN
KOMANDER MUDA MUHAMMAD AZMER BIN MAT SAUPI
KOMANDER MUDA NUR FATIN NAZIHAH BINTI YUSOF
KOMANDER MUDA NURUL IKHMA BINTI AMERIZAN
KOMANDER MUDA NUR SHAMIRA BINTI SHARIZAN
KOMANDER MUDA NUR SYAMIRA BT MUHD KHAIRULHADI
KOMANDER MUDA MUHAMMAD SYAHMI BIN ABDUL RAHIM
KOMANDER MUDA MUHAMMAD ZULKIFLI BIN MOHD ZIN
KOMANDER MUDA FARAH IZZATI BINTI JUNAIDEY
KOMANDER MUDA NURHIDAYATUL NAJWA BINTI MOHD RASHIDI


Pemakain pangkat kepada Komander Muda


Upacara pemakaian pangkat ini turut diakhiri dengan pemakaian pangkat untuk Komander Rendah Kanan:

KOMANDER RENDAH KANAN LUQMAN HAKIM BIN TALIB
KOMANDER RENDAH KANAN MUHAMMAD ISRAQ IZZ BIN MD ZAID


Penyerahan kuasa bagi sesi Mac – Julai 2019 merupakan kemuncak majlis ini. KK Ahmad Nabil Bin Hafizan selaku Pegawai Memerintah bagi semester lepas telah menjalankan upacara penyerahan kuasa kepada KK Muhammad Fikri Haziq Bin Ayob selaku Pegawai Memerintah yang baru.Upacara ini telah diiringi oleh Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A.Wahab (KEST) dan Lt. Kol. Ujud bin Pabil (KEST).
                                    
Upacara penyerahan kuasa



Seterusnya, Lt. Kol. Ujud bin Pabil (KEST) telah dijemput untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A.Wahab (KEST). Majlis diserikan lagi dengan tayangan multimedia yang telah disediakan.
Di akhir majlis, para tetamu dijemput untuk berpindah majlis dan menikmati hidangan yang desediakan.
                         
Nyanyian lagu

Para tetamu menikmati hidangan yanmg disediakan



Sebagai penutup, diharapkan dengan pelantikan ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria yang baru, Jawatnkuasa Perwakilan Komander Kesatria akan terus maju dan mampu membanggakan nama UiTM Cawangan Johor.