MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, April 18, 2026

MAJLIS KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2025

Pada 11 Januari 2026, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI telah mengadakan Majlis Kecemerlangan Kokurikulum dan Penutup Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform (PERKOM KO) 2025 yang bertempat di Dewan Sri Temenggong UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat. 

Majlis dimulakan dengan ketibaan Barisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri UiTM Johor diiringi oleh Barisan Pegawai Kehormat Kesatria dan Barisan Staf Unit Kokurikulum untuk masuk ke majlis.


Ketibaan VIP dan dif– dif Kehormat

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST), Penolong Pendaftar Kanan Kokurikulum dan Penasihat, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI dan diteruskan dengan perasmian daripada Kol. Irwan Bin Ismail (KEST), Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor. Menyusul selepas ucapan perasmian, para hadirin dihiburkan dengan gimik persembahan daripada Persatuan Silat Seni Gayong UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat.






Selain itu, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap acara Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform (PERKOM KO) 2025 yang disampaikan oleh Lt. Kol. Mawar Noor Binti Abdullah (KEST) dan diiringi oleh Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST).




















Kemudian, majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada Pelajar Kokurikulum Tari Tradisi dan Kreatif serta persembahan daripada kompeni Brass Band, Greenix Colour Guard Line.


Selepas itu, berlangsung pula penyampaian Surat Lantikan kepada Pegawai Kehormat dan Penasihat Kompeni Beruniform serta wakil Penyelaras Kokurikulum. Majlis juga diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan daripada Pegawai Kehormat Kesatria kepada Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalian VI.


Kini, tibalah ke detik yang dinanti– nantikan oleh para pelajar iaitu pengumuman keputusan keseluruhan bagi Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform (PERKOM KO) 2025. Bagi Juara keseluruhan PERKOM KO 2025 ini dianugerahkan oleh Kompeni Kesatria Kembara diikuti oleh Kompeni Echo Kesatria Negara sebagai Naib Johan. Bagi Tempat Ketiga pula telah disandang oleh Kompeni Alpha Kesatria Negara. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar kokurikulum Semester 1 kerana telah bersama– sama melibatkan diri dalam Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform (PERKOM KO) 2025.



Majlis turut diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Kokurikulum 2025. Sebanyak tiga kategori anugerah utama telah dipertandingkan iaitu Ketua Kompeni Terbaik, Tokoh Kokurikulum Siswa dan Tokoh Kokurikulum Siswi.

Anugerah Ketua Kompeni Terbaik disandang oleh KM Muhammad Adam Aminin Bin Mohamed Ridzuan dari Kompeni Brass Band 




Tambahan pula, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada Kol. Irwan Bin Ismail (KEST).


Di samping itu juga majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada Orchestra dan Drumline dari Kompeni Brassband dan diikuti dengan persembahan Gerak Tempur dari Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI.



Akhir sekali, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu UiTM Dihatiku. Di kesempatan ini juga, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Majlis Kecemerlangan Kokurikulum dan Penutup Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform (PERKOM KO) 2025 pada semester ini. Sekalung tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua peserta dan para pemenang. Tidak lupa juga kepada Juara Keseluruhan PERKOM KO 2025 iaitu Kompeni Kesatria Kembara, tahniah dan syabas kami ucapkan.




No comments:

Post a Comment