Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform (PERKOM KO) 2025 anjuran Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat telah berlangsung dengan penuh semangat bermula 12 hingga 16 November 2025. Sebanyak 12 kompeni telah bersaing dalam 11 acara yang dipertandingkan, iaitu Kompeni Alpha Kesatria Negara, Kompeni Bravo Kesatria Negara, Kompeni Charlie Kesatria Negara, Kompeni Delta Kesatria Negara, Kompeni Echo Kesatria Negara, Kompeni Foxtrot Kesatria Negara, Kompeni Kesatria Kembara, Kompeni Siswa Bomba Bantuan (SISBOM), Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Kompeni Brass Band dan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS).
POSTER PERTANDINGAN KOMPENI KOKURIKULUM BERUNIFORM ( PERKOM KO) 2025
Sebanyak 11 acara yang dipertandingkan iaitu Tarik Tali, E-Sport Mobile Legends, Sorakan Kreatif, Maze Orienteering, Kawad Kaki Formasi, Rempuh Halangan, Simulasi CPR, Simulasi Bencana, Deklamasi Sajak, Perkom Run dan Road Relay. Pada hari pertama bersamaan dengan 12 November 2025, PERKOM KO 2025 ini telah dimulakan dengan ucapan perasmian yang telah dirasmikan oleh Kol. Irwan Bin Ismail (KEST).
UCAPAN PERASMIAN DARIPADA TIMBALAN REKTOR UiTM JOHOR
Pada 12 November 2025, PERKOM KO dimulakan dengan acara pertama iaitu Tarik Tali pusingan awal diteruskan bagi menentukan kompeni yang layak mara ke peringkat seterusnya. Pada sebelah malam pula, acara E-Sport berlangsung bagi pusingan saringan yang memperlihatkan saingan strategi digital antara kompeni yang bertanding.
ACARA TARIK TALI
ACARA E-SPORT : MOBILE LEGEND
Pada 14 November 2025, suasana pertandingan semakin hebat. Pada sebelah petang, dua acara utama iaitu Tarik Tali dan Road Relay dijalankan serentak pada jam 4.00 petang. Dalam masa yang sama, acara Road Relay berlangsung dengan larian berpasukan yang penuh strategi. Kompeni Kesatria Kembara berjaya mendahului sebagai juara, manakala Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) berada di tempat kedua dan Kompeni Echo Kesatria Negara menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
ACARA ROAD RELAY
Pada sebelah malam pula berlangsung acara Kawad Kaki Formasi. Bagi acara Kawad Kaki Formasi, sebanyak 11 Kompeni yang telah bertanding. Kompeni Echo Kesatria Negara telah dinobatkan sebagai juara, diikuti Kompeni Alpha Kesatria Negara dan Kompeni Charlie Kesatria Negara.
ACARA KAWAD KAKI FORMASI
Pada 15 November 2025, beberapa acara utama dijalankan. Pagi itu dimulakan dengan Rempuh Halangan, di mana Kompeni Echo Kesatria Negara berjaya menamatkan litar dengan masa terbaik, diikuti Kompeni Brass Band dan Kompeni Bravo Kesatria Negara.
ACARA REMPUH HALANGAN
Pada jam 2.00 petang, Simulasi CPR dan Simulasi Bencana dijalankan. Bagi acara Simulasi CPR dimenangi oleh Kompeni Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), manakala Kompeni Kesatria Kembara dan Kompeni Bravo Kesatria Negara menyusul di tempat kedua dan ketiga. Bagi acara Simulasi Bencana dijuarai oleh Kompeni Siswa Bomba Bantuan (SISBOM), diikuti Kompeni Bravo Kesatria Negara dan Kompeni Charlie Kesatria Negara.
ACARA SIMULASI BENCANA
ACARA SIMULASI CPR
Petang itu turut memperlihatkan perlawanan akhir Tarik Tali dan selepas pertarungan sengit, Kompeni Siswa Bomba Bantuan (SISBOM) muncul juara, dengan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) di tempat kedua dan Kompeni Bravo Kesatria Negara di tempat ketiga.
ACARA TARIK TALI
Pada sebelah malam, Sorakan Kreatif berlangsung dengan meriah dan menyaksikan Kompeni Alpha Kesatria Negara meraih tempat pertama, disusuli Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Kompeni Foxtrot Kesatria Negara.
ACARA SORAKAN KREATIF
Pada hari terakhir, 16 November 2025, PERKOM Run membuka tirai pada jam 8.00 pagi dengan penyertaan penuh semangat dari semua kompeni. Kompeni Kesatria Kembara sekali lagi menunjukkan kekuatan fizikal apabila muncul juara, manakala Kompeni Echo Kesatria Negara dan Kompeni Charlie Kesatria Negara berada di tempat kedua dan ketiga.
ACARA PERKOM RUN
Pada tengah hari, acara Final E-Sport : Mobile Legends dijalankan sebagai penentuan terakhir bagi kategori E-Sport. Kompeni Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya muncul juara, dengan Kompeni Alpha Kesatria Negara dan Kompeni Charlie Kesatria Negara di tempat kedua dan ketiga.
ACARA E-SPORT : MOBILE LEGEND
Pada waktu petang, acara Maze Orienteering dijalankan. Kompeni Delta Kesatria Negara muncul sebagai juara, diikuti Kompeni Kesatria Kembara dan Kompeni Brass Band.
ACARA MAZE ORIENTEERING
Pada sebelah malam, acara Deklamasi Sajak menjadi acara terakhir PERKOM KO 2025, menyaksikan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) memenangi tempat pertama, manakala Kompeni Alpha Kesatria Negara dan Kompeni Kesatria Kembara berada di tempat kedua dan ketiga.
ACARA DEKLAMASI SAJAK
Sepanjang penganjuran PERKOM KO 2025, para peserta menunjukkan disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi. Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI merakamkan penghargaan kepada semua kompeni, Komander Pengiring dan para Komander yang menjayakan program ini. Tahniah kepada semua pemenang yang telah memberikan persembahan dan kesungguhan terbaik sepanjang kejohanan ini berlangsung.