MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Sunday, November 10, 2024

 

MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA (MPKK) BATALION VI SESI OKTOBER 2024 - FEBRUARI 2025

 

Pada 12 Oktober 2024 yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI Sesi Oktober 2024 - Februari 2025 yang bertempat di Lecture Theatre 1 (LT 1). Tujuan majlis ini diadakan untuk melantik Barisan Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat yang baharu bagi semester ini.


Pembaca Doa

Pengacara majlis bagi majlis ini ialah KRK Muhammad Farish Syahmi Bin Ramlan dan KRK Aina Hazimah Binti Saharudin. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Seterusnya, majlis diiringi dengan bacaan doa yang disampaikan oleh KRK Izz Emir Bin Naemul Helmi. Majlis disusuli dengan ucapan daripada Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI, KK Naqib Hilman Bin Yazid sekaligus melantik Barisan Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat bagi sesi Mac - Ogos 2024. Beliau berharap pemerintahan yang baharu ini dapat melahirkan Komander yang berprestasi tinggi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas yang diberi serta dapat mengangkat nama Komander Johor.


Ucapan daripada KK Naqib Hilman Bin Yazid

Majlis diserlahkan lagi dengan ucapan serta amanat yang bermakna daripada Penolong Pendaftar Kanan Kokurikulum dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI iaitu Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST). Dalam ucapannya, beliau memberi penghargaan kepada semua hadirin atas kerjasama dan usaha mereka dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh UiTM serta mengharumkan nama Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI. Beliau juga amat berbangga dengan usaha dan penglibatan Komander Johor dalam UiTM Marching Band Competition Se-Malaysia, Majlis Perbarisan, Perarakan dan Perhimpunan Hari Kebangsaan Kali Ke-67 Peringkat Negeri Johor 2024 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-67 dan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) Siri 12/2024 baru-baru ini. Beliau juga mengingatkan Komander Johor supaya bersiap sedia bagi menjayakan program Latihan Intensif Bakal Komander Batch Ke-39 dan Makan Malam Rejimental kelak.


Ucapan daripada Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST)

Seterusnya, majlis dirasmikan oleh Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST), Ketua Pegawai Kehormat Kesatria UiTM Cawangan Johor. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah atas aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh Komander. Pengurusan yang cekap dan teliti berjaya meraih perhatian dan pujian daripada pihak-pihak luar yang turut menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. Tidak lupa juga, beliau juga mengucapkan tahniah kepada Bakal Komander baharu dan berharap agar para Komander dapat menunjukkan contoh yang baik dan memberi tunjuk ajar kepada mereka mengenai perkara yang melibatkan tugas-tugas Komander. Beliau berharap agar nama Komander Johor akan terus dipandang tinggi dan sentiasa bersatu hati dalam usaha menaikkan martabat nama Komander Johor, dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat bagi sesi Oktober 2024 - Februari 2025.


Ucapan daripada Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST)

Majlis diteruskan lagi dengan upacara pemakaian pangkat oleh Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST) yang diiringi oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST) bagi melantik Barisan Kepimpinan Tertinggi yang baharu Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, Cawangan Johor, Kampus Segamat. Bagi semester ini, jawatan Setiausaha Agung 1 Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) disandang oleh KM Nur Amira Binti Roswandi. Pada masa yang sama, jawatan Ketua Biro Multimedia pada kali ini diamanahkan kepada KM Ahmad Baihaqi Bin Mohd Radzi. Justeru, KM Siti Nur Aisyah Binti Md Hatta dilantik sebagai Ketua Kompeni Delta Kesatria Negara, manakala KM Ahmad Iffat Bin Iskandar Dzalman pula dilantik sebagai Ketua Kompeni Foxtrot Kesatria Negara.


Upacara Pemakaian Pangkat kepada Barisan Kepimpinan Tertinggi yang baharu

Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan gimik penyerahan bintang Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2024 yang disertai oleh KK Naqib Hilman Bin Yazid dan diiringi oleh Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST) dan Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST).


Gimik Penyerahan Bintang Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2024

Majlis beralih kepada Penyampaian Pingat yang telah dilaksanakan oleh Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST) diiringi oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST) kepada pemenang acara-acara Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) Siri 12/2024. Penyampaian Pingat dimulakan dengan pemenang acara Extreme Outdoor Quest (EOQ) di mana Komander Batalion VI berjaya memungut pingat juara. Acara ini telah disertai oleh Lt. M Lutfil Hady Bin Kahlilkusari (KEST), KM Myra Auni Haziqah, KM Muhammad Syahrul Bin Kamarudin, KRK Nurul Natasya Binti Wahid, KRK Muhammad Farhan Bin Mohamed Fadzil dan KRK Nur Fauzana Binti Mokhtar.


Penyampaian Pingat kepada Atlet Extreme Outdoor Quest (EOQ)

Seterusnya, Penyampaian Pingat diteruskan dengan atlet acara Jalan Lasak Kategori Siswa yang juga meraih Juara. Acara ini telah diramaikan oleh KMdy Muhammad Aqil Najmi Bin Md Nor Azan, KRK Nik Muhammad Farihin Bin Mohd Fadzli, KRK Muhammad Aminuddin Azim Bin Mohd Azrul, KRK Muhammad Faiz Bin Nordin dan KRK Muhammad Adi Afrizal Bin Ibrahim.


Pemakaian Pingat kepada Atlet Jalan Lasak Kategori Siswa

Selain itu, majlis diteruskan lagi dengan pemenang acara Dinoback Mountain Bike Challenge (DMBC) Kategori Siswa. Kejayaan sebagai juara diraih oleh Lt. M Mohamad Shahmi Bin Mohamad Din (KEST) dan KRK Muhammad Farhan Bin Mohamed Fadzil hasil daripada semangat kerjasama dan keazaman yang tinggi.


Pemakaian Pingat kepada Atlet Dinoback Mountain Bike Challenge (DMBC) Kategori Siswa

Akhir sekali, Penyampaian Pingat diakhiri dengan atlet acara Kayak Endurance Race Kategori Siswa dimana mereka berjaya mendapat tempat kedua. Penyertaan acara ini melibatkan KRK Muhammad Harith Bin Abd Rahman dan KRK Nur Abu Yazid Bin Amran.


Pemakaian Pingat kepada Atlet Kayak Endurance Race Kategori Siswa 

Seterusnya, majlis diteruskan dengan menjemput Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST) untuk menyampaikan cenderahati kepada Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST) sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kerana telah bersama-sama turut serta dalam menjayakan majlis ini.


Sesi Penyampaian Cenderahati kepada Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST)

Kemudian, majlis menjemput para tetamu VIP untuk berpindah majlis bagi menyaksikan tayangan multimedia yang telah disediakan oleh Biro Multimedia. Di samping itu, bacaan lafaz ikrar Komander Kesatria telah dilaungkan oleh KK Naqib Hilman Bin Yazid, Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI sesi Oktober 2024 - Februari 2025 diikuti oleh para Komander Kesatria. Dengan berakhirnya lafaz ikrar tersebut, maka berakhirlah Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI Sesi Oktober 2024 - Februari 2025. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Dihatiku oleh semua tetamu jemputan dan para Komander Kesatria.


Sesi Fotografi












No comments:

Post a Comment