MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Thursday, May 16, 2024

 

Pada tanggal 27 April 2024 yang lalu, Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI Sesi Mac - Ogos 2024 yang bertempat di Lecture Theatre 1 (LT 1). Tujuan majlis ini diadakan untuk membubarkan Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat pada semester lepas serta melantik Barisan Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat pada semester yang baharu.

 


Pembaca Doa













Pengacara majlis bagi majlis ini ialah KRM Muhammad Haziq Bin Hazar dan KRM Nur Aini Nazihah Binti Wira. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Seterusnya, majlis diiringi dengan bacaan doa yang disampaikan oleh KRM Muhammad Iqbal Irfan Bin Mohd Faisal. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Mantan Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor iaitu Lt. M Muhammad Syaqiq Bin Md Yazid (KEST) sekaligus membubarkan barisan pemerintahan sesi Oktober 2023 - Februari 2024.



Ucapan 
daripada Lt. M Muhammad Syaqiq Bin Md Yazid













Majlis disusuli dengan ucapan daripada Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI, KK Naqib Hilman Bin Yazid sekaligus melantik Barisan Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat bagi sesi Mac - Ogos 2024. Beliau berharap pemerintahan yang baharu ini dapat melahirkan Komander yang berprestasi tinggi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas yang diberi serta dapat mengangkat nama Komander Johor.

 

Ucapan daripada KK Naqib Hilman Bin Yazid










Majlis diserlahkan lagi dengan ucapan serta amanat yang bermakna daripada Penolong Pendaftar Kanan Kokurikulum dan Penasihat Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI iaitu Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST). Melalui ucapannya, beliau menyentuh tentang kekuatan Komander Johor terletak kepada semangat kerjasama serta kesefahaman antara satu sama lain. Beliau juga amat berbangga dengan usaha Komander Johor yang sering memastikan setiap majlis dan program yang dijalankan berjalan lancar seiring dengan perancangan. Beliau juga mengingatkan Komander Johor supaya bersiap sedia bagi menjayakan program Induksi Siri-38, Pertandingan Kompeni Kokurikulum Beruniform Mini (MINI PERKOM KO) 2024, dan Hari Ulang Tahun Kesatria UiTM Ke-48 kelak.

 

Ucapan daripada Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST)










          Seterusnya, majlis dirasmikan oleh Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST), Ketua Pegawai Kehormat Kesatria UiTM Cawangan Johor. Beliau menyentuh tentang program-program penting yang melibatkan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI seperti program Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) yang bakal diadakan tidak lama lagi. Selain itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada Komander Baru yang berjaya mengharungi Latihan Intensif Bakal Komander Siri 38/2024 dan Latihan Intensif Brass Band Siri 35/2024. Tidak lupa juga, beliau juga mengucapkan sekalung tahniah kepada para Leftenan Muda Kesatria Batch Ke-36 yang ditauliahkan pada 7 Mac 2024 yang lalu. Beliau berharap agar nama Komander Johor akan terus berdiri dengan gah dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat bagi sesi Mac - Ogos 2024. 


                                Ucapan daripada Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST)

Majlis diteruskan lagi dengan upacara pemakaian pangkat oleh Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST) yang diiringi oleh Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST) dan Mej. Rosnani Binti Mohd Salleh (KEST) bagi Barisan Kepimpinan Tertinggi Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, Cawangan Johor, Kampus Segamat. Upacara pemakaian pangkat dimulai dengan pangkat Komander Kanan bagi KK Naqib Hilman Bin Yazid. Seterusnya, upacara diteruskan dengan pemakaian pangkat Komander Madya bagi Barisan Kepimpinan Tertinggi dan pangkat Komander Muda bagi Barisan Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI Sesi Mac - Ogos 2024, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat.


Barisan Kepimpinan Tertinggi Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat Sesi Mac - Ogos 2024


Pangkat Komander Kanan dan Komander Madya dipakaikan oleh tetamu jemputan VIP


 Pemakaian Pangkat Komander Kanan dan Komander Madya


Barisan Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat Sesi Mac - Ogos 2024


Pemakaian Pangkat Komander Muda


Majlis beralih kepada Upacara Penyerahan Kuasa sesi Mac - Ogos 2024 yang telah dilaksanakan oleh Lt. M Muhammad Syaqiq Bin Md Yazid (KEST), Pegawai Memerintah bagi semester lepas untuk menjalankan sesi penyerahan kuasa kepada KK Naqib Hilman Bin Yazid. Upacara tersebut diiringi oleh Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A.Wahab, Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST) dan Lt. M Muhammad Yunus Bin Zulhasny (KEST) bagi menyempurnakan Upacara Penyerahan Kuasa Pegawai Memerintah Majis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI, Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor.

 

 

Mantan Pegawai Memerintah Sesi Oktober 2023 - Februari 2024 menandatangani dokumen Penyerahan Kuasa


Sesi penyerahan tongkat kuasa kepada KK Naqib Hilman Bin Yazid


Upacara Penyerahan Kuasa


Seterusnya, majlis diteruskan dengan menjemput Lt. Kol. Ujud Bin Pabil (KEST) untuk menyampaikan cenderahati kepada Lt. Kol. Syazali Effendi Bin A. Wahab (KEST) sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kerana telah bersama-sama turut serta dalam menjayakan majlis ini. Kemudian, majlis menjemput para tetamu VIP untuk berpindah majlis bagi menyaksikan tayangan multimedia yang telah disediakan oleh Biro Multimedia. Di samping itu, bacaan lafaz ikrar Komander Kesatria telah dilaungkan oleh KK Naqib Hilman Bin Yazid, Pegawai Memerintah Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI sesi Mac - Ogos 2024 diikuti oleh para Komander Kesatria. Dengan berakhirnya lafaz ikrar tersebut, maka berakhirlah Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI Sesi Mac - Ogos 2024. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Darah Satria dan UiTM Dihatiku oleh semua tetamu jemputan dan para Komander Kesatria.

 


Sesi fotografi bersama tetamu jemputan VIP dan Komander Kesatria

No comments:

Post a Comment